Pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan Gon menjelaskan terdapat salah faham mengenai maksud ‘very danger’ (bahaya) seperti diucapkan ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang media.
Beliau yang meletakkan jawatannya sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya semalam menegaskan sudah menceritakan semua kepada Datuk Hamidin Mohd Amin tetapi mengakui ‘amat bahaya’ untuk berkongsi butiran tersebut kepada orang ramai.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
"What happened actually coach?"
"I talked to Datuk Presiden every single thing. That I cannot talk to you. Here, very danger. He know all the detail." "@fnasrom, better don't question this one, okay?" "Better you don't ask to Datuk Presiden."
Apa yang "very danger"? pic.twitter.com/cwWR6JQSbW
— RimauXI 🇲🇾 (@RimauXI) July 16, 2024
Kenyataan tersebut mengundang pelbagai persepsi buruk dan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan sehingga menarik perhatian pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.
“Apa susah, pergi tanya dia beramai-ramai apa yang dia maksudkan dengan ‘dangerous’. Penyokong, ahli politik dan pihak media. Tanya dia apa maksud ‘dangerous’. Jelaskan lebih terperinci,” tulis Tunku Ismail di laman X ketika menjawab pertanyaan pengguna akaun yang bernama Rimau XI.
Apa susah. Pergi tanya dia beramai ramai apa yang dia maksudkan “dangerous”. Penyokong, Ahli politik dan pihak media. Tanya dia apa maksud dia “dangerous.” Be more specific. Takut kena tembak? takut kena kidnapped? Kena sepak? Be direct! @RimauXI Awak dulu pernah datang rumah… https://t.co/YqctG5SE6m
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) July 16, 2024
Rimau XI turut dijemput menghadiri sesi perbincangan antara Pan Gon dan Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur bersama Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi.
Menurut RimauXI, Kim Pan Gon menjelaskan ia disebabkan penguasaan bahasa Inggeris yang tidak begitu baik.
“Apabila ditanya apa yang beliau maksudkan dengan “very danger”, jawapan beliau sendiri ialah penguasaan bahasa Inggeris beliau tidaklah baik.
“Namun ada perkara-perkara yang perlu dikaji untuk strategik plan, dan ini bukan untuk dibincangkan secara terbuka di hadapan media,” tulisnya.
Apabila ditanya apa yang beliau maksudkan dengan "very danger", jawapan beliau sendiri ialah penguasaan bahasa Inggeris beliau tidaklah baik, namun ada perkara-perkara yang perlu dikaji untuk strategic plan, dan ini bukan untuk dibincangkan secara terbuka di hadapan media.
— RimauXI 🇲🇾 (@RimauXI) July 16, 2024
Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Pemangku Sultan Johor dalam kenyataan di laman X turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Kim Pan-gon.
Pan Gon dijangka akan menyertai juara K-League 4 kali, Ulsan HD bagi menggantikan tempat Hong Myung-bo yang dilantik sebagai Ketua Jurulatih Korea Selatan minggu lepas.