Seorang reviewer di TikTok menjadi perbualan sensasi selepas menuduh pempengaruh makanan lain sebagai bermasalah kerana terlalu jujur dengan ulasan makanan sehingga mengganggu bisnes peniaga.
Oleh itu, netizen berminat melihat sejauh mana bagusnya ulasan yang dipamerkan oleh pengkritik video ulasan Jason menerusi video terbaharunya.
Video yang baru dimuat naik pada hari semalam langsung menjadi perhatian netizen di platform TikTok.
Di dalam video tersebut, lelaki berkenaan telah pergi ke sebuah kedai makanan laut dan membuat ulasan juadah yang ditawarkan olehnya.
Lelaki itu kelihatan membelek-belek ikan, undang, sotong yang ditawarkan serta mendakwa semuanya adalah segar belaka.
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah bagaimana dia mendakwa udang-udang yang ditawarkan segar walhal di dalam video kelihatan ada yang masih beku. Boleh dilihat juga keadaan ikan yang tidak segar kerana matanya sudah berwarna merah.
@ceokakireview jumpa lagi port murah dekat pulau melaka ๐IKAN BAKAR PULAU MELAKA
โฌ original sound – KAKI REVIEW ๐ฒ๐พ – KAKI REVIEW ๐ฒ๐พ
Susulan itu, sebahagian netizen mula menghantar mesej sinis pada ruangan video tersebut dengan mengatakan adakah ulasan itu jujur sedangkan terang lagi bersuluh yang bahan mentah di sana hanyalah beku dan bukan segar seperti baru ditangkap.
Tidak cukup itu sahaja, orang ramai juga mempersoalkan tawaran juadah yang memenuhi ruang meja makan yang hanya berharga RM150 sahaja untuk empat bahagian orang makan.
Netizen merasakan tidak logik memandangkan juadah yang di dalam set itu merangkumi makanan laut yang mahal serta air dan nasi.
Oleh itu, netizen sedia meninggalkan sejumlah komen menyoal sama ada iniย video ulasan atau promosi kerana semua tampaknya positif walaupun kualiti bahan mentah yang meragukan.
Di dalam perkembangan lain, dia juga sudah memuat naik video menerangkan video kritikannya itu tidak ditujukan kepada Jason dan menegaskan mempunyai niche yang berbeza.