Pada hari semalam dilaporkan sebuah BMW terbakar ketika menyertai satu sesi pemanduan di Litar Antarabangsa Petronas Sepang dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

Memetik Sinar Harian, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, kenderaan itu terbakar di selekoh empat disyaki berpunca daripada kebocoran tangki.

Baca Juga:

Bagaimanapun menerusi satu kenyataan daripada bengkel yang menyelenggara kereta tersebut berkata kejadian itu berlaku bukanlah disebabkan kebocoran tangki.

Bukan Kebocoran Tangki, Ini Punca Sebenar BMW Terbakar Di Litar Sepang
Sumber Gambar: JBPM Selangor via Sinar Harian

“Kami ingin memaklumkan dengan rasa kesal bahawa sebuah BMW milik pelanggan kami telah mengalami kebakaran semasa sesi pemanduan hari ini di Litar Sepang.

“Bertentangan dengan spekulasi awal pihak media yang mengaitkan kejadian ini dengan kerosakan pada tangki bahan api, pemeriksaan teknikal menyeluruh telah mengesahkan bahawa punca kebakaran adalah akibat saluran minyak turbocharger yang pecah. Minyak enjin yang bocor telah terkena pada permukaan turbocharger yang panas, lalu mencetuskan kebakaran,” katanya.

Pihak bengkel turut meminta maaf kepada para peserta lain serta pegawai litar atas kelewatan dan kesulitan akibat insiden tersebut.

11 anggota dikejarkan ke Litar Petronas Sepang
Bukan Kebocoran Tangki, Ini Punca Sebenar BMW Terbakar Di Litar Sepang
Sumber Gambar: JBPM Selangor via Sinar Harian

“Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kami, dan kami bersyukur tiada kecederaan berlaku serta pemandu berada dalam keadaan selamat.

“Pihak kami kini sedang bekerjasama rapat dengan pelanggan yang terlibat untuk menguruskan situasi ini dan mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini di masa akan datang. Kami amat menghargai kefahaman dan sokongan berterusan daripada anda semua,” jelasnya lagi.

Terdahulu, seramai 11 anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat KLIA dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah hari.

Bukan Kebocoran Tangki, Ini Punca Sebenar BMW Terbakar Di Litar Sepang
Sumber Gambar: JBPM Selangor via Sinar Harian