Sebut sahaja mengenai persiapan Hari Raya pada tahun ini, destinasi pertama yang terlintas di fikiran ramai rakyat Malaysia pastinya Jalan Tuanku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Jalan TAR.
Namun, di sebalik kemeriahan dan keuntungan jutaan ringgit yang diraih sepanjang musim perayaan ini, tersimpan satu realiti pahit yang jarang diceritakan kepada umum.
Untuk membolehkan mereka menyewa kedai di lokasi ‘hotspot’ ini, para peniaga sebenarnya perlu berdepan dengan kos sewa yang sangat tinggi di mana jarang sekali dikongsikan kepada orang awam.
Mungkin ramai yang menyangka angka RM90,000 itu satu gurauan, namun bagi pemain industri di Jalan TAR, itu adalah ‘harga tiket’ yang perlu dibayar untuk berada di lokasi paling strategik di Malaysia.
Dengan purata ratusan ribu pengunjung sehari menjelang raya, setiap inci ruang di sini ibarat emas yang berharga.
Seorang TikTok Guru yang dikenali sebagai Farqhan berkongsi secara ringkas realiti kos sewa yang dikenakan untuk sebuah kedai yang terletak di kawasan ‘panas’ itu.
“Semua orang KL tahu kedai ni, sewanya RM24,000 sebulan, tapi bukan itu je. Deposit untuk kedai dua tingkat Pustaka Mukmin Jalan TAR dikenakan bayaran deposit 2 bulan serta 1 bulan utiliti dan 1 lagi advanced yang menjadikan jumlah keseluruhan RM96,000 dan bulan berikutnya RM24,000,” ulasnya.
@farqhan.com Port Kedai Lagend ni ada yang berani sewa ke?#franchise #franchisebusiness cc: @Telekung Siti Khadijah @Bulan Bintang Clothing HQ
Susulan perkongsian lelaki itu langsung telah menarik perhatian ramai kerana tidak menyangka untuk permulaan menyewa di sana tersangatlah mahal dan perlu mengambil kira pendapatan yang bakal diraih untuk memastikan bakal balik modal.
“fuhh…mandi dengar sewa nya…”
“bapak mahai sewa tapi mesti untung sebab tu org berani sewa.”
“sehari RM 800= sale kena berapa ?”
Ada juga yang berpendapat bahawa kedai fizikal kini semakin tercabar apabila ramai yang beralih ke platform e-dagang demi kemudahan.
Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah—adakah pengalaman bersesak di Jalan TAR itu satu memori yang tidak boleh dijual beli, atau masanya sudah tiba untuk kita beralih sepenuhnya ke dunia digital?