Minggu lalu, sebuah Maybank di Kota Kinabalu telah menjadi bualan hangat di seluruh Malaysia gara-gara menjadi spot tarikan bergambar oleh pelancong khususnya daripada China.
Setelah ramai mempersoalkan mengapa bangunan itu menjadi tumpuan, seorang TikToker langsung pergi menemu bual pelancong-pelancong China yang berada di lokasi berkenaan baru-baru ini.
Salah seorang pelancong yang ditemu ramah mendedahkan sebab mereka tertarik bergambar di bangunan itu adalah kerana warna barner yang ditonjolkan sangat menyerlah dan menjadikan mood masing-masing menjadi gembira.
“Warnanya sangat menyerlah dan saya fikir ia menjadikan kami tenang, sekaligus membuatkan mood kami sangat gembira,” kata wanita tersebut.
Sementara beberapa wanita lain turut mendedahkan yang lokasi ini telah meraih populariti di media sosial mereka yang dikenali sebagai Xiangshou atau RED dan merasa tertarik dengan keunikan yang terdapat padanya.
@sabah_info Kami turun gaya street tanya pelancong. (Tolonglah kekalkan ni tempat 😂)
Malah, ramai pempengaruh dari sana yang bergambar di bangunan ikonik tersebut lalu dimuat naik di media sosialnya. Hal ini membuatkan ramai individu mengganggap ianya sebagai sesuatu yang cool.
Memang tidak dinafikan, dengan banner berwarna kuning serta laluan kecil di situ bakal memberikan kompisisi yang menarik untuk tujuan fotografi.
Sementara di dalam ruangan komentar, ramai warga tempatan meluahkan rasa bangga dan berharap bangunan itu akan dipelihara dengan baik kerana sudah menjadi satu tempat tarikan pelancong.