Pelanggan Maybank meluahkan rasa marah dan kecewa selepas mengalami gangguan dalam pelbagai perkhidmatan perbankan malam tadi.

Situasi ini telah menjejaskan keupayaan mereka untuk mengakses aplikasi perbankan dalam talian dan melakukan transaksi, termasuk pengeluaran wang daripada mesin juruwang automatik (ATM).

Menurut kenyataan yang disiarkan pada aplikasi X, Maybank mengakui isu itu dan menyatakan bahawa mereka sedang berusaha untuk menyelesaikannya.

Mereka memaklumkan pelanggan bahawa gangguan itu menjejaskan kedua-dua transaksi perbankan dalam talian dan penggunaan kad.

Satu tinjauan yang dijalankan oleh Vocket di platform media sosial mendedahkan kekecewaan yang meluas di kalangan pengguna yang tidak dapat mengakses akaun mereka.

Pelanggan menyatakan kegusaran atas kesulitan yang ditimbulkan, terutamanya semasa masa genting apabila transaksi diperlukan untuk perbelanjaan penting.

Difahamkan bahawa Maybank berjaya baik pulih sistem sekitar jam 1.40 pagi hari ini.

Melalui ciapan di laman media sosial mereka, Maybank hanya memberitahu bahawa sistem perbankan mereka kini sudah boleh digunakan sepenuhnya tanpa memberitahu apa alasan disebalik kekacauan yang berlaku semalam.