Lima tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Ia adalah perjalanan yang membuktikan bagaimana MAE terus berkembang daripada sekadar aplikasi perbankan digital kepada teman kewangan yang memahami gaya hidup setiap pengguna.
Sejak diperkenalkan, MAE memudahkan jutaan rakyat Malaysia mengurus kewangan harian dengan lebih bijak, teratur dan bergaya.

Lebih meyakinkan, keselamatan aplikasi ini dijamin oleh sistem perbankan Maybank yang kukuh dan dipercayai selama puluhan tahun.
Kini, sempena ulang tahun kelimanya, MAE meraikan kejayaan ini bersama anda dengan kempen istimewa yang dijangka menjadi bualan ramai ‘MAE Turns 5’.

Ulang tahun yang penuh makna
Sebagai tanda penghargaan kepada semua pengguna, Maybank memperkenalkan kempen MAE Turns 5 dengan tawaran ganjaran yang tidak boleh dilepaskan iaitu pulangan 5% setahun dengan MAE Wallet sehingga 31 Januari 2026.
Cara untuk menikmati ganjaran ini juga mudah:
1. Lakukan pemindahan minimum RM200 daripada bank atau eWallet lain antara 30 Oktober hingga 30 November 2025, dan pastikan anda masukkan ‘MAETurns5’ dalam ruangan rujukan penerima/recipient reference.
2. Pemindahan mesti dibuat dalam tempoh deposit (30 Okt–30 Nov). Kekalkan jumlah yang anda pindahkan dalam MAE Wallet untuk nikmati pulangan 5% setahun. Anda boleh dapat pulangan sehingga 31 Januari 2026, cara paling bijak untuk melangkah ke tahun baru!

Tip untuk maksimumkan pulangan anda:
1. Lakukan pemindahan seawal mungkin untuk menikmati lebih banyak pulangan harian
2. Pindahkan amaun maksimum — RM4,999 untuk pengguna biasa atau RM10,000 jika anda memiliki Kad MAE
3. Ada extra duit hujung bulan? Anda boleh buat maksimum 3 pemindahan antara 30 Oktober – 30 November 2025
Beli-belah lebih berbaloi dengan Maybank2u Online Banking

Selain pulangan 5% setahun dengan MAE Wallet, ulang tahun ke-5 ini juga penuh kejutan untuk kaki shopping dan pengguna setia MAE!
Nikmati diskaun sehingga RM50 apabila anda membuat pembayaran menggunakan Maybank2u Online Banking di platform popular seperti Shopee, TikTok Shop, Lazada, aplikasi/laman sesawang Watsons, aplikasi ZUS Coffee dan banyak lagi.

Tawaran ini hadir semasa tempoh jualan istimewa seperti double-digit days dan promosi terpilih, jadi pastikan anda sentiasa peka, kerana ganjaran ini cepat habis.
Imbas, bayar & dapat pulangan tunai!
Tidak cukup dengan itu, pengguna tegar MAE juga boleh menikmati sehingga RM15 cashback bila anda Scan & Pay sebanyak lima kali (minimum RM15 setiap transaksi).


Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu tekan ‘Join Now’ pada bahagian ‘Tap, Track, Win’ dalam aplikasi MAE dan mula buat pembayaran dengan QR untuk kumpul ganjaran anda.

Promosi ini berlangsung dari 1 November hingga 31 Disember 2025, jadi ini masa terbaik untuk berbelanja sambil menikmati pulangan tunai sebenar.
Lebih daripada aplikasi, MAE adalah gaya hidup

Bagi ramai, MAE bukan sekadar tempat menyimpan wang. Ia adalah ruang digital yang memudahkan urusan harian, daripada menjejak perbelanjaan, berkongsi bil dengan rakan, hingga merancang Tabung untuk impian masa depan.
Dengan rekaan antara muka yang mesra pengguna dan fungsi pintar, setiap pengalaman menggunakan MAE terasa lebih peribadi dan efisien.
Kini, dengan kempen ulang tahun ini, setiap interaksi dalam aplikasi menjadi lebih bermakna.
Anda bukan sahaja mengurus kewangan, tetapi turut menikmati pulangan yang menguntungkan.
Belum jadi pengguna Maybank? Ini masa terbaik!
Muat turun aplikasi MAE, daftar akaun MAE Wallet dan mula nikmati semua promosi hebat sempena ulang tahun ke-5 ini.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang ini sekarang.