Selepas dikecam teruk oleh orang ramai,  pihak Polis Perak menafikan wujud layanan istimewa atau double standard terhadap pengawai polis yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh seorang pelajar berusia 17 tahun.

Sebaliknya, tegas Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, kawalan ketat yang dikenakan ke atas tertuduh disebabkan kes itu mendapat perhatian umum secara meluas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Bila menarik perhatian, kita perlu ada kawalan yang ketat.

“Malah, kita tak anggap kes ini sebagai kes berprofil tinggi. Dia (tertuduh) juga seperti mana pesalah biasa, cuma ia menarik perhatian dan kita perlu ada kawalan yang ketat.

“Jadi tidak ada isu double standard. Seperti pesalah-pesalah lain, anggota polis yang mengiringinya dari balai untuk dibawa ke mahkamah, seterusnya dihadapkan kepada hakim adalah proses biasa,” jelasnya ketika ditemui media selepas lawatan Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Johari Kassim ke kediaman keluarga Zaharif di Chemor.

Terdahulu, petugas media kecewa kerana tidak dibenarkan membuat liputan secara bebas pertuduhan bunuh membabitkan pegawai kanan polis itu.

Ketika dibawa ke mahkamah, tertuduh DSP Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang didakwa menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, berhampiran SMK Jati, Jumaat lalu diberikan kawalan ketat sekurang-kurangnya lima anggota polis lengkap memakai topeng muka dan berpakaian gelap.

Sumber Gambar: Berita Harian

Sewaktu prosiding selesai, tertuduh dibawa keluar dari kawasan mahkamah diiringi lima kenderaan bercermin gelap milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).