Seorang lelaki di laman media sosial mendapat kecaman dari netizen selepas mengenakan kadar sewa yang dianggap mahal untuk sebuah rumah kecil.
Lelaki tersebut meletakkan iklan di Facebook yang mana beliau sedang mencari penyewa untuk rumahnya yang kelihatan baru sahaja siap dibina dan meletakkan kadar sewa sebanyak RM750 sebulan termasuk bil elektrik dan juga air.

Baca Juga:
- Chef Mat Saleh Masak Nasi Guna ‘Butter’, Netizen Rasa Nak Muntah
- Musim Feroz Baharudin Bersama JDT Berakhir
- Kempen KWSP Turun Padang: Mesra, Interaktif, & Sarat Manfaat!
Akan tetapi, tindakan beliau terus mendapat kecaman dari netizen yang mana ramai menganggap lelaki itu mengenakan kadar sewa yang amat mahal untuk sebuah rumah kecil.
Netizen menganggap rumah yang mahu disewakan itu tidak layak dianggap sebagai satu rumah dan lelaki itu sepatutnya meletakkan iklan untuk menyewakan satu bilik kerana saiznya yang kecil dan agak sempit.
“Bos, jangan melampau. Ini kira satu bilik saja. Jangan kau hentam sampai RM750 sebulan. Itu harga untuk sewa satu rumah,” tulis seorang netizen.
“Kenapa rumah ini nampak macam pondok keretapi? Kadar sewa mengalahkan apartmen yang ada dua bilik dan saiznya jauh lebih besar berbanding rumah ini,” tulis seorang lagi netizen.
Meskipun tuan rumah cuba memberi penjelasan mengenai kadar sewa yang sudah termasuk bil elektrik dan juga air, namun netizen masih sukar untuk menerima tindakan beliau yang meletakkan kadar sewa tinggi untuk sebuah rumah yang kecil.
Isu mengenai rumah sewa sentiasa berlaku dalam negara kita dimana ada penyewa yang tidak menjaga rumah sewa dengan baik sehingga menyebabkan kerosakan teruk terhadap rumah tersebut.
Ada juga tuan rumah meletakkan kadar sewa yang tinggi untuk sebuah bilik atau rumah yang mana menurut netizen terlalu mahal dan hanya mahu mengambil kesempatan ke atas individu.