Umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun di mana ibadah korban dilaksanakan bagi mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang hampir mengorbankan anaknya, iaitu Nabi Ismail atas ketaatannya terhadap perintah Allah S.W.T.

Lembu dan haiwan sepertinya akan disembelih di pekarangan kawasan masjid dan dagingnya diagihkan kepada penerima yang layak termasuk fakir miskin.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Rasa daging korban selalunya enak bila dimasak dengan betul tidak kira sama ada masakan lauk kari, rendang, sup, dan sebagainya.

Bagaimanapun, seorang pengguna laman X ini menjelaskan daging korban sebenarnya tak sesuai dijadikan sebagai hidangan stik seperti yang terdapat di restoran terkemuka.

Beliau yang juga merupakan tukang masak profesional menjelaskan lembu akan mengalami fasa Rigor Mortis  selepas disembelih sekaligus menyebabkan daging akan menjadi keras sehingga tidak boleh dimakan sebagai stik.

Rigor Mortis bermaksud kekakuan otot yang berlaku pada haiwan ternakan seperti lembu selepas proses penyembelihan.

“Pertama skali kita kena paham apa itu Rigor Mortis(RM) secara am. Organisma bertulang belakang akan mengalami RM ketika mati. Otot-otot akan kejang dan mengeras.

“Kalau biasa pancing, ikan dalam icebox tu bukan mengeras senget sebab beku. Tu contoh RM dalam binatang selain haiwan disembelih,” katanya.

Beliau turut menjelaskan untuk menjadikan daging itu sebagai hidangan stik, ia melibatkan beberapa proses yang perlu dilaksanakan seperti gantung di dalam peti sejuk beku selama berminggu-minggu.

Ia dilakukan supaya daging menjadi lembut dan sesuai dimasak stik.

“Di barat, praktis selepas sembelih dan siat adalah gantung rangka itu minimum 2 minggu hingga ke sebulan untuk membenarkan otot-otok rileks secara semula jadi dan enzyme akan melembutkan otot sebelum dilapah sebelum dijual. Suhu perlu dikawal rapi utk mencegah pencemaran bakteria.

“Proses gantung di dalam peti selama berminggu namanya Aging. Tanpa proses ni tak guna pun potong daging ikut bahagian mana mahal murah seperti praktis barat.

“Stik dimasak pada suhu yang tinggi dan masa yang singkat. Sebab itu proses aging penting untuk melembutkan daging,” jelasnya.

Oleh sebab itu, kita tidak perlu ikut apa yang negara barat buat untuk lembu yang dikorbankan kerana semua masakan tradisional kita adalah berkuah dan dimasak lama-lama seperti gulai, rendang dan sup. Bakteria juga tidak sempat membiak serta sudah mati kena masak.