Semakin ramai netizen Indonesia mahu berpindah ke Malaysia kerana menurut mereka kehidupan di Malaysia lebih baik berbanding di negara mereka.

Mereka akui sudah leltih dengan kehidupan di kota besar seperti Jakarta yang kos sara hidupnya tidak jauh dengan di Kuala Lumpur.

Lalu ada yang meminta bantuan daripada netizen yang lain cara memohon untuk bermastautin di Malaysia. Terutama sekali untuk seorang yang bergelar digital nomads atau freelancer.

Seorang lagi mendedahkan bahawa kos sara hidup di Malaysia mungkin lebih besar daripada Jakarta. Namun gaji dan pendapatan di sini sangat lumaya sekitar RM3 ribu sehingga RM4  ribu – hanya dengan bekerja di pasaraya. Bekerja di pasaraya mini seperti di dalam drama Korea.

Kemudian ada juga yang mendedahkan dia masih cuba meyakinkan suaminya untuk berpindah sahaja ke Malaysia atau Singapura. Namun suaminya masih ragu ragu kerana masalah bahasa.

“Padahal, bahasa mereka boleh sangat untuk dipelajari dengan cepat dan mudah,” tegas netizen tersebut.

Yang lain pula mengakui Jakarta dan Kuala Lumpur tak jauh bezanya dari segi kos sara hidup dan juga kesesakan lalulintas.

Namun dia menegaskan di Kuala Lumpur, lebih senang untuk pergi ke luar negara menerusi lapangan terbang antarabangsanya. Dan juga lebih diiktiraf antarabangsa kerana kemahiran Bahasa Inggeris di sini yang lebih baik. Malah akses kepada produk luar negara juga lebih baik di sini.

Seorang lagi setuju dengan solusi untuk pindah ke Malaysia kerana sudah tak tahan dengan tekanan daripada pemerintah di Indonesia.

“Kawan saya sudah 3 tahun bekerja di Malaysia. Ya kos sara hidupnya sama sahaja dengan Jakarta, bezanya, dengan gaji yang dia ada dia boleh menabung di sana,” tegas seorag lagi.

Ada juga netizen Malaysia yang mengusik mereka: “Tetapi Malaysia tak layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia. Kamu ok ke dengan itu?”