Ini merupakan sambungan dari artikel tentang kenapa pelajar korea suka ‘extend tempoh belajar’ yang mendapat pelbagai respond yang berbeza2 dari ramai pihak.

Ramai yang misunderstood dengan post ‘extend belajar’ Kina tulis semalam. Just nak remind extend belajar tu bukan tiket untuk kita jadi malas ya. Kawan-kawan Korean Kina kat korea ni semuanya very-very hardworking (ini betul tak tipu, even Kina lagi banyak main dari diaorang hihihi, dari 9am – 11pm kat studio working non stop.

Dan mereka belajar dengan begitu bersungguh-sungguh bukan buat kerja sambil lewa. Kelas kitaorang seminggu 3 kali sahaja, tapi diorang datang buat kerja kat studio hari-hari sampai tengah malam. Lagi sekali Kina bagitau, mereka adalah pelajar yang cemerlang. Tapi bagi mereka 2 tahun belajar Masters tak cukup, jadi mereka teruskan sampai 4-5 tahun buat Masters sahaja. Mereka tak pernah bosan untuk belajar.

south-korea-studying

Tentang finance, semua pelajar Korean bayar kos pembelajaran sendiri. Untuk pengetahuan, kesemua pelajar korea tidak menerima sebarang bantuan kewangan untuk belajar, so memang tiada istilah study loan / scholarship utk mereka. Ada kawan Kina yang pause setahun dua untuk kumpul duit utk teruskan belajar lagi. Dan kebanyakan classmate Kina mereka sambil buat part time job (private tutoring, kerja kat cafe etc) untuk support diri sendiri.

Yuran pengajian setiap semester mereka bayar hampir 3 juta won (RM10,000 lebih kurang). Ini tak termasuk material-material belajar mcm buku, canvas, alat-alat melukis yang sememangnya mahal. Ada yg matured students siap ada family dan anak-anak dah berderet pun masih register untuk Master/Degree.

SEOUL, SOUTH KOREA - NOVEMBER 08: South Korean students take their College Scholastic Ability Test at a school on November 8, 2012 in Seoul, South Korea. More than 660,000 high school seniors and graduates sit for the examinations at 1,100 test centers across the country, where academic records are all important. Success in the exam, one of the most rigourous standardized tests in the world, enables students to study at Korea's top universities. (Photo by Chung Sung-Jun/Getty Images)

Memang culture Korean ni mereka belajar sampai ke tua. Kina pernah buat part time private tutoring (english) kepada 2 orang student tahun lepas, yang sorang umur 45 tahun (professor), dan sorang lagi umur 55 tahun (businessman), walaupun dah berusia, sibuk dgn kerja dan dah berjaya tapi mereka sentiasa cari masa dan tak malu untuk belajar benda baru.

Kina cuma share budaya education di Korea yang Kina nampak supaya org kita di Malaysia nampak perbezaannya, dan boleh ambil perkara-perkara yang baik untuk dicontohi. Okay?