Siapa sahaja yang berniaga, pastinya akan gembira sekiranya memperoleh rezeki atau keuntungan. Lebih-lebih lagi sekiranya keuntungan yang diperoleh adalah jauh lebih besar berbanding pelaburan dikeluarkan.
Itulah yang terjadi menerusi perkongsian Instagram @roy.bundlestore selaku pembekal bale atau guni bundle dari Korea di mana salah seorang pelangannya memperoleh ‘jackpot’ atau wang besar mencecah RM21,000.
Baca Juga:
- ‘Saya Dah Lock Nasi Akak’ – Jual Nasi Lemak Macam Baju Bundle, Cara Peniaga Ini Dipuji Netizen
- ‘Pecah Guni Semua Keluar Pakaian Dalam’- Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Beli Bundle ‘Puaka’
- Bermula Dengan Modal RM100, Penjual ‘Bundle’ Berjaya Beli Rumah Buat Keluarga Di Usia 20 Tahun
Kisah bermulanya apabila pembeli ini membeli guni bundle made in Korea bernilai RM50 bagi mendapatkan pakaian-pakaian untuk dijual semula.
Rezeki berpihak kepada milik kumpulan ini apabila berjaya menemui wang sebanyak mencecah 6 juta Won (~RM21,440) menerusi salah satu pakaian dalam guni tersebut.
Kegembiraan yang tidak terungkap turut dirakam serta dikongsikan kepada penjual @roy.bundlestore dalam memaklumkan penemuan wang yang besar tersebut.
Untuk pengetahuan, memperoleh wang yang besar dalam guni bundle ini bukanlah sesuatu yang kerap berlaku. Rezeki yang diperoleh kumpulan ini sekaligus boleh dilabelkan sebagai ‘durian runtuh’ melihatkan guni bundle yang dibeli hanyalah bermodalkan RM50.