Pulau Langkawi merupakan destinasi pilihan ramai orang untuk bercuti dan juga untuk ‘honeymoon’. Pulau yang penuh dengan kisah lagenda dan mitos, mesti anda pernah dengar pelbagai kisah tentang Pulau Langkawi, bukan?
Antara mitos yang sering diwar-warkan sejak lama dahulu adalah bagi mereka yang mahu zuriat boleh berikhtiar mandi di Tasik Dayang Bunting. Terbaharu, ada video di TikTok yang berkongsi kejayaan mereka mendapatkan zuriat selepas berikhtiar di Tasik Dayang Bunting.
Kat Tiktok ada pasal Tasik Dayang Bunting untuk orang TTC. Siap ada yang gi travel sana sebab ramai share success stories. This is the danger of internet. Bebenda khurafat macam ni… boleh memesongkn orang. pic.twitter.com/uiHerEjEcv
— Malissa (@malissaali) May 12, 2022
Oleh itu, pengguna Twitter @malissaali telah menyuarakan kebimbangannya akan kisah-kisah yang dikongsi. Menurutnya, ‘ikhtiar’ yang dilakukan itu adalah khurafat dan boleh jatuh syirik serta memesongkan akidah seseorang.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen mengatakan mitos itu telah lama diwar-warkan dalam masyarakat. Bukan itu sahaja, para netizen juga pelik masih ada yang percaya kepercayaan lama di zaman moden ini.
Benda ni dah lama. Masa aku try nak conceived pun ada ramai suruh try. I just said no. Ikhtiar tak menghalalkan cara. Believe in God, Sciene & timing. InshaaAllah. I got my bundle of joy after years of trying & after I put a 100% trust to Allah. HE KNOWS BEST ❤️ https://t.co/0GUc1JiT5m
— FATIHAH BINI DAESUNG 𓆩♡𓆪🍀🇲🇾 (@CTea_ahhhh) May 13, 2022
the first time when i heard about this myth i was like “that’s stupid” and then i saw some people rendam lagilah yang “tak betul korang ni” https://t.co/8yK2IjK2ie
— iris (@ayfahhh) May 12, 2022
If you're trying to conceive, banyakkan istighfar. Dr.Kamilin pernah share. Not sure it's based on hadith or Quran verse. Lupa. Blm ada rezeki anak tu ujian tauhid jgk. Kalau buat benda khurafat, lagi mengundang murka Allah. If you want any "door" opened for you, istighfar a lot. https://t.co/L3ngND9IdO
— Ell 🕊️🇲🇾🇵🇸 (@mamma_ell) May 12, 2022
Before it went viral on TikTok, this is an old kepercayaan…but it's not surprising really. Orang kita ni berdegar-degar tegur orang sebab dosa peribadi tapi bila yang khurafat, yang munafik, yang zalim buat-buat tak nampak and kadang join participate kasi support. https://t.co/qoiVldeqlM
— iykyk (@woeizmeme) May 12, 2022
Rata-rata netizen juga mengatakan tidak seharusnya amalan khurafat ini dipraktikkan lagi dan sebagai individu beragama Islam, haruslah percaya pada Allah serta anggap ia satu ujian apabila belum dikurniakan zuriat. Tidak salah berusaha tetapi haruslah berlandaskan ajaran Islam kerana ia boleh memesongkan akidah seseorang.
Sementara itu, kami kongsikan aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Pulau Langkawi. Klik sahaja pautan di bawah ini.
23 Aktiviti Menarik Di Pulau Langkawi. #10 Dan #13 Paling Terbaru!
8 Resort Tepi Sawah Padi Di Langkawi, Kedah Buat Saya Jatuh Cinta
Tip Dan Itinerari Bercuti 5 Hari Di Langkawi Termasuk Aktiviti Skydiving