Tidak lama lagi, bulan Ramadan akan berakhir menandakan ketibaan bulan Syawal dan umat Islam bakal merayakan hari raya Aidilfitri dengan penuh kemeriahan.
Setiap tahun, banyak syarikat akan tampil dengan iklan hari raya mengikut kretiviti mereka dan memiliki mesej tersirat.
Baca Juga:
- Diadaptasi Daripada Kisah Benar, Iklan Raya RHB Group ‘Lembaran Baru’ Ini Buat Netizen Sebak
- Iklan Raya BoBoiBoy & Mechamato Berjaya Raih 20 Juta Tontonan Dalam Tempoh 24 Jam
- Terserempak ‘Cik Pon’ Ketika Balik Raya, Iklan Raya Takaful Malaysia Jadi Bualan Ramai
Oleh itu, kami akan kongsikan 5 iklan raya terbaik menurut kami pada tahun ini. Sudah bersedia? Jom ikuti perkongsian ini.
1. Lembaran Baru oleh RHB Group
Iklan ini berdasarkan kisah benar iaitu kisah seorang peguam membantu seorang wanita yang ditangkap apabila mencuri untuk menghadiahkan sebuah kotak pensil kepada anaknya. Tonton video penuh untuk ketahui kesudahannya.
2. Minyak Maaf oleh Saji
Untuk iklan Saji, ia berkisahkan tentang Abdul yang suka bergurau sehingga membuatkan ramai orang di kampungnya ‘naik minyak’ dengannya sehingga menghilang. Jadi adakah Abdul dapat berjumpa semula dengan orang kampung yang hilang?
3. Tak Pernah Suka Mak oleh Elrah Exclusive
Difahamkan, iklan Tak Pernah Suka Mak ini dialami oleh pengasas jenama Elrah Exclusive. Ia mengisahkan tentang kasih seorang mak kepada anaknya tetapi tidak ditunjuk. Akhirnya, ajal menjemput dan anak terlambat mengetahui kasih maknya.
4. Aku Sebuah Beg Pesanan oleh Grab
Iklan ini cukuo unik kerana memaparkan beg pesanan Grab boleh bercakap. Beg tersebut bukan sahaja menjadi ruang simpanan barangan, tetapi juga rakan baik kepada pekerja Grab kerana bersama ia tidak kira masa demi menyara kelangsungan kehidupan.
5. Conteng oleh PKNS
Iklan ini mengisahkan seorang anak yang suka melukis disisihkan bapanya kerana dikatakan tidak berguna seperti adik-beradik lain. Tapi, dia membuktikan sebaliknya dan bertemu kembali dengan orang yang sangat dikenali.
Bagi kami, ini adalah 5 iklan raya terbaik tahun ini. Adakah anda juga merasakan yang sama atau ada iklan raya yang yang anda rasa lebih baik?