Nampaknya ura-ura Telekom Malaysia untuk menyediakan servis internet yang lebih baik di kawasan yang tidak menyokong UniFi ternyata benar dan hadir lebih awal daripada apa yang jangkakan.
Pakej yang diumumkan ini sekaligus menjadi pakej terpantas pengguna Streamyx boleh dapatkan berbanding pakej sebelum ini yang ditawarkan dengan capaian internet setakat 8Mbps sahaja.
Meskipun dinamakan sebagai sebagai UniFi Lite, pakej ini sebenarnya masih lagi menggunakan VDSL dan tembaga sepertimana pakej internet Streamyx namun ditawarkan dengan kelajuan yang sedikit tinggi iaitu 10Mbps.
Dari segi kelajuan upload pula, pakej ini menyertakan kelajuan setakat 5Mbps sahaja. Berikut merupakan keterangan bergambar mengenai pakej terbaru yang ditawarkan TM ini.
Apa yang menarik perhatian kami mengenai UniFi Lite 10 ini adalah pakej ini turut menyertakan akses kepada HyppTV Everywhere dimana ianya tidak tersedia buat pakej tanpa jalur lebar yang lain. Lebih menarik, tawaran pakej ini jauh lebih rendah berbanding pakej TM Streamyx 8Mbps yang ditawarkan pada harga RM160.
Pada pendapat kami, jika anda mahukan kelajuan internet yang tinggi, tanpa kouta serta berada di kawasan yang tidak menyokong fibre optic atau UniFi, ini pakej terbaik anda boleh dapatkan daripada TM.
Harganya yang tidak jauh bezanya berbanding pakej Streamyx 4Mbps dan penyertaan HyppTV mungkin antara membuatkan pakej ini berbaloi untuk dilanggan.