Thailand merupakan destinasi wajib buat rakyat Malaysia datang melancong kerana jaraknya yang dekat serta kos percutian seperti makanan dan hotel yang mampu milik.

Terdapat  beberapa seleksi pengangkutan yang boleh digunakan oleh rakyat Malaysia untuk masuk ke negara Thailand. Salah satu pilihan orang ramai adalah dengan memandu kenderaan sendiri kerana lebih mudah untuk bergerak ketika di sana.

Namun, terdapat beberapa perkara mustahak yang anda perlu ambil cakna sekiranya mahu memandu sama ada kenderaan sendiri atau kereta sewa ketika di Thailand.

Menerusi video TikTok yang dimuat naik menerusi akaun @dadunayu.thai, seorang polis itu menjawab beberapa perkara berkenaan lesen memandu yang menjadi pertanyaan ramai rakyat Malaysia.

Katanya, rakyat Malaysia yang mahu memandu di negara itu perlu membawa lesen memandu bersama diri mereka sepanjang masa.

“Ramai yang tanya saya cara guna lesen Malaysia di Thailand. Sekarang lesen Malaysia ada dua jenis iaitu digital dan kad.

“Jadi, kalau boleh simpan lesen digital dalam telefon pintar dan bawa dalam bentuk kad juga sebagai persediaan,” ujarnya.

Untuk lebih berjaga-jaga jikalau ditahan pihak berkuasa di sana, pelancong Malaysia digalakkan untuk mencetak lesen digital dan membawanya bersama jika memandu kereta atau motosikal di negara itu.

“Ia akan menjadi perkara yang membimbangkan jika ada anggota polis tidak menerima lesen memandu digital. Jadi anda perlu bawa sekali lesen yang dicetak,” katanya lagi.

@dadunayu.thai

Ingin memandu di Thailand? Berikut adalah tips penting untuk rakyat Malaysia menggunakan lesen memandu di Thailand. #LesenMemandu #MemanduDiThailand #RakyatMalaysia #TravelTips #SelamatDiJalan #PelancongMalaysia #PerjalananSelamat #JalanThailand #MemanduSelamat#fypp

♬ เสียงต้นฉบับ – preedee – preedee

Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen tempatan berterima kasih dengan perkongsian anggota polis terbabit kerana telah membantu menjawab persoalan isu berkenaan.

Ini Tip Penting Anda Wajib Tahu Jika Nak Memandu Di Thailand
Sumber Gambar: TikTok
Ini Tip Penting Anda Wajib Tahu Jika Nak Memandu Di Thailand
Sumber Gambar: TikTok

Dalam masa sama, ada juga netizen yang tertarik kesungguhan @dadunayu.thai menyampaikan info tersebut dalam dialek Melayu Patani dan sememangnya lebih mudah difahami oleh penonton sekalian.