Ramai yang ingin datang melancong ke Tokyo tetapi tidak tahu di mana tempat yang paling stategik dan juga sesuai untuk menginap. Jadi, saya ingin membantu dengan memberi sedikit sebanyak informasi tentang lokasi penginapan yang sesuai di tokyo.
Segala penginapan ini boleh dibuat carian di internet menggunakan AirBnB, Agoda, booking.com, trivago dan pelbagai aplikasi yang lain. Namun, lebih utama adalah kita harus tahu lokasi yang sesuai.
Pertama sekali untuk pemilihan lokasi, harus dilihat pada tujuan. Ada yang datang ke tokyo untuk membeli-belah, ada yang datang untuk melancong dan ada juga yang datang ingin berseronok di taman tema.
Bagi yang ingin melancong bersama keluarga dan mempunyai jadual perjalanan yang basic, saya sarankan untuk membuat carian di lokasi Asakusa, Taito, Ueno, Arakawa, Sumida dan Kimsicho.
Bagi lokasi ini, ianya mudah untuk mendapatkan makanan halal dan juga ada beberapa tempat yang berdekatan dengan masjid dan juga tempat tumpuan pelancong seperti di Ueno ada Ameyokocho Street (seperti Petaling Street), dan juga ada Ueno park (lokasi bagi melihat sakura).
Di Ueno dan juga Asakusa juga ada masjid bagi memudahkan untuk urusan solat. Lokasi-lokasi ini juga agak murah dari segi harganya berbanding di tempat lain. Dan tempat yang agak tenang kerana jauh sedikit dari ibu kota.
Bagi yang ingin datang untuk membeli-belah, antara lokasi yang saya sarankan adalah Shinjuku, Shibuya dan berdekatan dengan tempat-tempat tersebut.
https://www.instagram.com/p/B7ccklBgk4s/
Di kawasan ini, penginapan agak mahal, namun mudah bagi sesiapa yang ingin membeli-belah kerana kebanyakan tempat di sini ‘hidup’ sampai ke malam dan kawasan shopping hanya dalam lingkungan jalan kaki sahaja. Kawasan ini agak sibuk namun ianya merupakan syurga bagi yang ingin berhibur dan juga shopping tapi tidak sesuai untuk datang melancong santai-santai bersama keluarga.
Namun, harus diingatkan, stesen Shinjuku merupakan stesen keretapi yang paling sibuk di dunia. Jadi untuk penggunaan keretapi, anda mungkin terpaksa bersesak dengan pengguna yang lain. Malah, anda dapat melihat pengguna keretapi dengan kepadatan yang amat di mana mungkin muka rapat ke cermin sehingga penyet hidung dan juga petugas di luar menolak orang bagi masuk ke dalam keretapi.
Ada pro dan con di situ. Jangan terkejut, disamping yang bertujuan melancong dan shopping, ada juga yang datang semata-mata ingin ke taman tema kerana di Tokyo ada dua taman tema yang besar iaitu Disneyland dan juga Disneysea.
Untuk keseluruhan cover bermain di semua tempat di dalam Disneyland dan juga Disneysea, kebiasaannya mengambil masa sehingga 3 hari. Kerana itulah Disney memperkenalkan 3 days pass dimana sehari untuk Disneyland , sehari Disneysea dan hari yang ke tiga boleh pilih sama ada ingin masuk ke Disneyland atau Disneysea.
Bagi yang bertujuan untuk bermain di taman tema ini, saya nasihatkan membuat carian di kawasan berdekatan dengan Disneyland ini. Namun, area yang berdekatan dengan Disneyland ini hanyalah hotel sahaja yang turut menyediakan shuttle bus ke Disney.
Bagi yang ingin membuat carian rumah apartment ataupun bukan hotel, boleh membuat carian di area Urayasu. Ramai yang turut membuat AirBnB di kawasan ini dan jarak agak dekat untuk ke taman tema.
Pemilhan lokasi juga harus dilihat dengan jarak stesen keretapi. Bagi yang menggunakan pengangkutan awam, harus membuat carian berdekatan dengan train station agar mudah untuk ke mana sahaja. Harus diingatkan 12 minit berjalan kaki bersamaan jarak 1km. Jadi untuk membuat cariaan, cari yang dibawah 6 minit jarak jalan kaki dari station.
Semoga apa yang saya tuliskan ini bermanfaat untuk semua bagi membuat carian lokasi tempat penginapan di tokyo. Dan bagi yang tidak mahu pening, kami menyediakan ground pakej keseluruhan dari pickup airport sehingga hari terakhir hantar ke airport. Boleh semak di page kami JAPAN Tour Team untuk urusan lebih lanjut.
Untuk pengetahuan anda, kad tukaran wang terbaik di Jepun adalah BigPay. Baru pertama kali dengar tentang BigPay? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
AirAsia Membawakan Perkhidmatan Dompet Digital Tersendiri Dikenali Sebagai ‘BigPay’
AirAsia Tawar Diskaun Tiket Penerbangan Sempena Tahun Baru Cina
5 Persediaan Penting Buat Anda Yang Ingin Melancong Ke Jepun