Terdapat risiko apabila membeli barangan secara online di mana kadang-kala ada barangan yang dihantar melalui kurier rosak, walaupun barangan tersebut sudah dibungkus rapi oleh penjual.
Baru-baru ini tular satu rakaman klip video di mana ada sekumpulan pekerja kurier mencampak parcel pelanggan sesama mereka.
Baca Juga:
- Campak Dan Buka ‘Parcel’ Pelanggan, Tindakan Pekerja Penghantar Barangan Ini Dikecam Netizen
- Tuntutan Parcel Hilang Tidak Berjaya, Peniaga Hairan Syarikat Kurier Kategorikan Telekung Sebagai ‘Barang Larangan’
- Parcel ‘Diperam’ Dan Hilang, Ini Cara Untuk Anda Buat Aduan Terhadap Syarikat Kurier
Mereka berbuat sedemikian dipercayai bagi memudahkan serta mempercepatkan kerja-kerja pengasingan parcel mengikut kategori dan lokasi.
https://www.twitter.com/rezarazali/status/1705389419921064317?s=20
Perkara tersebut diakui oleh salah seorang pengguna X yang mendakwa dirinya bekas pekerja di sebuah gudang kurier.
Menurutnya bahagian pengasingan memang sudah biasa mencampak seperti begitu kerana terdapat ribuan parcel perlu diasingkan setiap hari.
Ramai netizen mengecam perbuatan pekerja parcel yang tidak amanah sehingga menyebabkan kerosakan pada barangan pelanggan.
Tambah orang ramai lagi, apabila perkara ini terus terjadi ia merugikan peniaga online dalam beberapa perkara seperti kerugian kewangan dan reputasi di mata pelanggan.
Kerja x amanah. Inilah kot punca order aku ritu pecah kt warehouse. Mmg dpt blk refund tp refund utk harga barang je la, charge delivery burn. Shopee n seller xnk tggjwb. Aku byr cas delivery utk apa pun xtau lah dh klu brg pn xdpt kt aku. Aku hempuk jugak nyawa sekor2 krg.
— tentera.PM 𝕏 (@aboyhajar) September 23, 2023
Dah nak masuk 2024..sedangkan tomatoes pun machine dh boleh sorting ikut size and color, takkan parcel with barcode still nak sort manual. Hujung2 user tanggung kerugian.
— ♠ Z_Anne ♠ (@AleesyaRianni) September 23, 2023
E-commerce ni besar cabarannya. Kalau pecah, siapa tanggung? Seller lah.
1. Kerugian dlm bentuk duit
2. Kerugian reputasi (ni paling bahaya sebab x boleh ganti balik)Reputasi bermaksud pelanggan hilang kepercayaan, customer acquisition cost burn camtu je. https://t.co/S7KJUt6hsn
— Sarini Zainal (@sarinizainal) September 23, 2023
Sehubungan itu, netizen meminta setiap pengusaha kurier memperketatkan SOP dan memantau pekerja bahagian pengasingan agar perkara tersebut tidak berulang lagi pada masa akan datang.