432 Park Avenue – ini adalah alamat hiasan latar langit New York terbaru dan menara kediaman tertinggi di Hemisfera Barat. Menjulang tinggi sehingga 1,396 kaki, bangunan pencakar langit ini menawarkan 104 buah unit pangsapuri dengan keluasan 30,000 kaki persegi setiap satu dan 12.5 kaki siling, 10 x 10 kaki tingkap, dan harga antara USD$16,95 juta ke USD$82,5 juta.

Menara Kondo yang menakjubkan ini direka oleh Rafael Viñoly dan mengambil masa tiga tahun untuk dibina . Ia terletak di tengah-tengah kota Manhattan, dan penthouse paling atas menawarkan pemandangan keseluruhan New York City: dari Hudson ke East River, dari Bronx ke Brooklyn, dan dari Central Park ke Lautan Atlantik. Bangunan ini juga mempunyai restoran peribadi dengan teres luar, kolam renang / spa 75 kaki, tempat persembahan, bilik simpanan wain dengan kawalan iklim, bilik permainan kanak-kanak dan bilik mesyuarat.

Pencakar langit ini akan menerima penghuni pertama tahun hadapan, jadi sekiranya anda mencari tempat tinggal terbaik di NY dan mempunyai akaun bank yang kukuh, baik anda bersegera, kerana penthouse ini dijual bagai goreng pisang panas.

Maklumat lanjut: 432 Avenue

Bilik Mandi Utama

Ruang Tamu

432 Park Avenue residential tower

Tingkap

Ruang Tamu

Bilik Mandi Utama

Dapur

Breakfast Bar

Ruang Makan

Ruang Tamu

Bilik Tidur Utama

Ruang Makan

Hiasan Dalaman

https://www.youtube.com/watch?v=iO3kBfvS5pc

Ok, izinkan kami berangan sebentar.

Sumber: Bored Panda

—————————————————
Like page The Vocket di Facebook