Rupanya ada satu kafe yang sangat cool tersembunyi di Puncak Alam. Kafe ini nyata tampil berbeza apabila mengetengahkan tema basikal pada hiasan dalaman kafe ini. Di bahagian luar juga kedai juga sudah digantung rapi satu basikal sebagai perhiasan.
Terletak di Grandeur Puncak Alam, Ink Library Cafe semestinya akan memberikan anda ketenangan untuk menghirup kopi kegemaran anda sambil buat kerja atau membaca buku. Istimewanya di sini adalah terdapat lebih 300 majalah dan buku dari luar negara untuk anda baca. Padanlah namanya Ink Library kan?
Ink Library juga merupakan penyewa pertama di kawasan Eco Grandeur City dan baru sahaja dibuka sekitar bulan Julai yang lalu. Sekeliling kawasan Ink Library ini akan jadi kawasan mesra basikal di mana anda boleh mengayuh basikal dan anda juga boleh menyewa oBike jika mahu di sini.
Jika anda berada sekitar Puncak Alam, boleh cuba singgah kafe ini. Pelajar UiTM Puncak Alam dan Puncak Perdana bolehlah bersantai di sini ketika waktu senggang.
Ink Library Café
Masa operasi: Isnin – Khamis: 10am-6pm, Jumaat – Ahad : 10am-10pm
Alamat: EcoWorld Gallery @ Eco Grandeur, Lot 6232, Persiaran Mokhtar Dahari, Eco Grandeur Puncak Alam