Kesesakan lalu-lintas telah menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia pada ketika ini. Kesan daripada masalah itu telah menyebabkan ramai pengguna perkhidmatan e-hailing menyatakan mereka berasa terbeban dengan caj dikenakan meningkat.

Terbaharu, dalam satu laporan The Malaysian Insight (TMI), Presiden Grab Drivers Malaysia Association (GDMA), Arif Asyraf Ali mendedahkan walaupun pemandu boleh mendapat tambang yang lebih tinggi pada waktu puncak, segelintir pemandu Grab mematikan aplikasi e-hailing kerana insentif tidak lagi menarik dan berbaloi buat mereka.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →
Sumber Gambar: Twitter @GustinoTravel

Ini menyebabkan kira-kira 30% hingga 40% daripada mereka mematikan aplikasi, menyebabkan ramai pengguna terkandas ekoran kekurang pemandu pada waktu puncak. Jumlah tersebut menurun kira-kira daripada 70,000-80,000 menjadi 50,000-60,000 pemandu.

“Oleh kerana pemandu kurang, pemandu yang aktif perlu memandu lebih jauh untuk mengambil penumpang, menggunakan lebih banyak minyak dan terperangkap dalam lalu lintas,” kata Arif kepada TMI.

Menurut sebahagian pengguna, mereka mendakwa bahawa harga boleh melonjak naik sehingga mencecah 400% untuk menuju ke sebahagian lokasi.

Dalam pada itu, sebelum ini Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyatakan lesen pengendali e-hailing boleh dibatalkan atau digantung jika mereka melanggar jumlah surcaj yang dibenarkan yang ditetapkan pada 200% daripada tambang asas.

Semoga semua pihak bertanggungjawab dapat segera menyelesaikan masalah yang membelenggu pengguna jalan raya dan pengguna perkhidmatan awam yang terpaksa mengambil masa yang sangat lama untuk pergi dan pulang dari satu-satu destinasi.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lebih lanjut kekecewaan yang dizahirkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong kepada pengendali e-hailing.

‘Jangan Tekan Kerajaan’ – Menteri Pengangkutan Kecewa Permintaan Pengendali e-Hailing

Golongan T20 Paling Kerap Guna ‘Nombor Plat Haram’ Dan Cermin Gelap