Petronas menegaskan bahawa kapal tinjauan mereka yang dikepung dan dihalau oleh kira-kira seratus bot nelayan tradisional berhampiran Ketapang, Pulau Madura, Indonesia tidak sama sekali menceroboh perairan negara jiran.
Malahan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kapal itu sedang menjalankan aktiviti cari gali di kawasan milik Malaysia, bukannya menceroboh perairan negara jiran lapor Malaysia Gazette.
“Petronas itu hanya cari gali di kawasan yang tetap milik kita dan tidak menceroboh kawasan lain,” katanya Ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar berkata insiden tersebut telah diselesaikan secara baik. Beliau menambah, “Gangguan itu tidak sampai ke tahap kita perlu hubungi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dan kita leraikan sebagai sahabat.”
“Ada kes-kes pencerobohan nelayan Malaysia-Indonesia, Indonesia-Malaysia, kita cuba leraikan dengan baik, rundingan telah dicabai tetapi ada beberapa yang belum dimuktamadkan,” katanya lagi.
Sebelum ini, Kapal peninjau Petronas disahkan diganggu di perairan Indonesia, menyebabkan syarikat itu menghentikan operasi buat sementara atas faktor keselamatan.
Petronas menjelaskan kapal tinjauan Barokah-1 (di bawah PNKSB) didekati secara mengejut oleh beberapa bot nelayan semasa ia beroperasi.