Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengarahkan siasatan terperinci berhubung insiden nahas membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada Isnin lalu.

Dalam satu kemas kini Twitter @AlexNantaLinggi, beliau menyatakan nahas itu berpunca oleh kekeliruan pertindihan garisan jalan yang berbeza warna.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Laporan awal menunjukkan syarikat konsesi Lebuh raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) sudah mengenal pasti kawasan pertindihan garisan jalan yang perlu ditambah baik sebelum sambutan Tahun Baharu Cina.

Pihak DASH mula melakukan proses menghitamkan garis jalan yang bertindih sejak semalam, dan akan melihat secara keseluruhan kadar penghitaman yang diperlukan, dengan kerja penambahbaikan itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga hari.

“Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan DASH juga akan menilai semula keadaan di tapak di NKVE, terutamanya garis jalan kuning dan putih supaya lebih teratur dan jelas serta selamat untuk dilalui pengguna.

“Saya menekankan perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana membabitkan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya.

“Pada masa sama, saya juga meminta semua pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu. Keselamatan di jalan raya adalah tanggung jawab kita bersama,” petik kenyataan yang dikongsikan melalui Twitter rasmi Ketua Kementerian Kerja Raya itu.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.