Insiden yang melibatkan pemain Buriram United, Theerathon Bunmathan dan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman nyata menarik perhatian media antarabangsa.

Kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan AFC Champions League (ACL) Elite di Stadium Sultan Ibrahim dimana pemenang akan muncul sebagai raja Asia Tenggara.

Baca Juga:

Akan tetapi, perlawanan yang penuh dengan drama dan aksi menarik itu tidak berjaya menghasilkan sebarang jaringan dimana keputusan perlawanan berakhir dengan kedudukan 0-0.

Dalam perlawanan tersebut, pengadil melayangkan tiga kad merah dimana satu bagi Theerathon dan dua lagi dilayangkan kepada Murillo dan Park Jun-heong.

Kad merah yang dilayangkan terhadap Theerathon nyata menjadi bualan peminat di laman media sosial dimana beliau bertindak memicit alat kemaluan Arif Aiman.

Selepas semakan dibuat melalui Video Assistance Referee (VAR), kapten Buriram itu serta-merta diarah untuk keluar padang oleh pengadil.

Insiden ini turut mendapat perhatian media antarabangsa di laman X dimana Troll Football memuat naik semula video di akaun milik mereka.

Keputusan seri ini menyaksikan JDT berada di tangga keenam dalam carta kumpulan A manakala Buriram menduduki tangga kelapan.

Kedua-dua pasukan masih mempunyai peluang cerah untuk mara ke pusingan 16 pasukan terakhir namun mereka perlu mencatat kemenangan bagi mengekalkan kedudukan sedia ada.

Selepas ini, JDT akan bertandang ke Australia bagi menghadapi Central Coast Mariners pada perlawanan ke-7 dan Pohang Steelers pada perlawanan ke-8 peringkat kumpulan

Buriram pula akan turun berdepan Ulsan Hyundai diikuti Gwangju FC pada aksi terakhir kumpulan.