Sejak beberapa minggu lalu warganet digemparkan dengan kisah pegawai polis yang dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ yang telah membuat kecoh pada khalayak ramai di beberapa lokasi dan situasi berbeza.
Hari ini ‘Inspektor Sheila’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap kesemua tiga pertuduhan berhubung ugutan dan mengaibkan anggota bawahan serta orang awam.
Baca Juga:
- ‘Inspektor Sheila’ Digantung Tugas, 8 Kertas Siasatan Dan Tatatertib Dibuka
- ‘Jangan Ingat Saya Takut’, ‘Inspektor’ Sheila Buat Kecoh Di Balai Polis Selepas Ditahan
- Selepas Tular Perlekeh Anggota Polis, ‘Inspektor’ Ini Dirakam Buat Kecoh Di Ruang Parkir Pula
Sheila Sharon Steven Kumar atau lebih dikenali dengan nama ‘Inspektor Sheila’ di media sosial, didakwa mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-dua, jika sabit kesalahan.
Inspektor yang tular itu mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan di atas ketiga-tiga tuduhan berkenaan.@BuletinTV3 @BuletinTV9 pic.twitter.com/n4qAyItWQ1
— Ridhwan (@wanNewsMPB) June 26, 2023
Dia juga didakwa menghina kesopanan seorang lelaki dengan berkata; “You tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu”.
Dakwaan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Tertuduh juga mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni atas pertuduhan menyebut pangkat Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan cara tidak wajar dengan maksud mengaibkan kehormatan penama itu.
Dalam satu laporan lain, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal menawarkan ikat jamin berjumlah RM8,000.
Bagaimanapun, peguam M.Manoharan memohon mahkamah agar memberikan jaminan bon atau jaminan paling rendah.
Ini kerana selain Sheila dan adiknya, bapanya juga seorang bekas pegawai polis berjawatan asisten komisioner dan berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 39 tahun.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.
Majistret juga menetapkan 7 Ogos ini sebagai tarikh serahan dokumen kes tersebut.