Apabila kita ternampak lampu berkelip berwarna biru pada cermin pandang belakang atau sisi kenderaan menuju berdekatan, secara automatik kita akan ketepikan laluan untuk memberikan laluan kepada kenderaan tersebut.
Namun, lampu strob tersebut bukanlah boleh digunakan sesuka hati oleh orang awam. Ia perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum boleh digunakan pada kenderaan peribadi bagi pihak-pihak tertentu sahaja.
Terbaharu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sedang mengesan pemilik sebuah kenderaan mewah yang menggunakan lampu strob tanpa kebenaran bagi mengharungi kesesakan trafik.
Saya tak tuduh dia “kejar masa” tau @PDRMsia_Trafik @PDRMsia. Dia sendiri yang cakap kat caption video dia tu… pic.twitter.com/fXwEowIHKP
— Indra (@ardnie) June 15, 2021
Video yang berdurasi sekitar 25 saat itu menunjukkan sebuah kereta SUV Mercedes-Benz GLA yang menyalakan lampu strob cuba menghimpit kenderaan-kenderaan lain bagi memberikan laluan kepada mereka semasa kesesakan lalu lintas.
Video yang tular itu telah menyebabkan orang ramai mempertikaikan bagaimana beliau boleh menggunakan lampu strob tersebut sesuka hati bagi kepentingan diri sendiri.
Kesian yg xtau and bgi laluan tu. Pastu dah lah pakai lampu biru. Setahu aku lampu biru mknanya polis sedang buat rondaan, something like that lah. Kau kejar masa nak meronda bersiar2 ke? Eii geram je aku org cmni https://t.co/XVLSDX4rWQ
— RV_LuVie801 (@todayis_FiQah) June 17, 2021
Ni yg aku ckp dulu, kdg2 selalu jugak jumpa atas MEX/ELITE menghala/keluar Putrajaya.
Kalau ada kenderaan polis tu aku fahamlah. Ni konvoi dua tiga buah kereta pastu sibuk nak bukak lampu biru mcm dia sorg je nak cepat. https://t.co/rFKGEh1Pmx
— Khairul Aqmal 🍉 (@KhairulAqmal) June 16, 2021
https://twitter.com/t0k_anjang/status/1405079473020555264?s=20
Dari pemilihan lagu dah tahu takde taste otak sempit https://t.co/flHSY2n2AI
— Muza (@affardoh) June 16, 2021
Namun, instafamous merangkap pembantu peribadi seorang artis tempatan itu telah setkan privasi video yang tular itu menjadi ‘private’ setelah menerima kecaman yang teruk dari orang ramai.
Memetik laporan Harian Metro, Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, pihaknya menerusi JSPT peringkat kontinjen dan daerah sedang mengesan kenderaan jenis Mercedes-Benz yang tular di media sosial semalam.
“Penggunaan lampu strob adalah menjadi satu kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Pemilik kenderaan itu sedang dikesan bagi diambil tindakan susulan dan siasatan lanjut,” terang Datuk Azisman Alias.
Sementara itu, seorang suami pukul isteri sehingga koma meminta rayuan ikat jamin dikurangkan kerana perlu menanggung tiga lagi orang isteri.
Pukul Isteri Hingga Koma, Suami Rayu Ikat Jamin Dikurangkan Kerana Perlu Tanggung 3 Isteri
‘Lesap’ Selepas Terima Bayaran, Lelaki Ini Dedah Penipuan Peniaga Lotus Biscoff