Kini anda boleh mengekspresikan diri anda melalui hashtag dan mention ‘@’ di bio Instagram anda. Kedua-dua ciri baharu ini berfungsi sama seperti di post biasa.
Ciri tersebut membolehkan rakan-rakan dan pengikut anda melihat posting yang menggunakan hashtag yang sama atau akaun yang anda mention menggunakan ‘@’. Perlu diingatkan bahawa orang yang anda mention akan menerima notification dari pihak Instagram.
Ciri ini sangat bagus kerana jika anda mempunyai satu hashtag khas yang sudah dicipta sejak dahulu lagi, pengikut anda boleh terus tekan pada hashtag berkenaan dan melihat gambar-gambar yang di-tag bersama hashtag berkenaan.
Jangan lupa update Instagram anda untuk mendapatkan ciri terbaharu tersebut. Selamat mencuba.