Siapa sangka sebuah syarikat yang memfokuskan kepada berus gigi mampu meraih dana sebanyak $1 juta USD daripada syarikat terkemuka, Intel. Apa yang membuatkan Grush berbeza berbanding syarikat-syarikat berus gigi yang lain adalah teknologi yang digunakan pada berus gigi yang dikeluarkan.
Dengan misi untuk melatih anak-anak kecil minat memberus gigi, Grush memperkenalkan sebuah berus gigi dengan sambungan ke telefon pintar untuk membuatkan aktiviti memberus gigi seolah-olah suatu permainan maya. Buat anda yang mempunyai anak kecil yang tidak gemar memberus gigi mungkin ini solusi terbaik buat anda.

Menghubungkan telefon pintar dengan berus gigi pintar, sebuah aplikasi daripada Grush bakal memberi dorongan buat kanak-kanak untuk menghilangkan raksasa jahat atau bakteria di sekitar gigi kanak seperti gambar di atas. Kreatif bukan?
Syarikat ini juga mengesahkan kanak-kanak lebih gembira dan berpuas hati menggunakan produk syarikat mereka berbanding berus gigi daripada jenama yang lain. Walaubagaimanapun, harga $59 untuk sebuah berus gigi agak keterlaluan. Lebih-lebih lagi jika sudah mula dijual buat pasaran Malaysia.
Buat ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang tidak berminat untuk memberus gigi, adakah anda sanggup melaburkan wang anda untuk mengdapatkan Grush Smart Toothbrush?
https://www.youtube.com/watch?v=Sk0XvqVouig