Inter Milan tamatkan impian treble Barcelona dengan menyingkirkan pasukan Sepanyol itu daripada separuh akhir Liga Juara Juara Eropah.

Ianya  aksi epik dalam dua pertemuan separuh akhir kedua dua pasukan. Di mana kedua dua pasukan saling kejar mengejar dari segi gol.

Inter vs Barca pamer aksi epik

Inter dan Barca bermula dengan agregat 3-3 daripada perlawanan pertama.

Inter Milan kemudian sempat mendahului 2 gol di San Siro pada separuh masa pertama. Ianya menerusi gol Lautaro Martinez dan penalti oleh Hakan Calhanoglou.

Namun Barcelona membalas dengan 3 gol pada separuh masa kedua untuk mendahului dengan agrega 6-5. Eric Garcia dan Dani Olmo mengikat semula agregat kedua dua pasukan.

Pada minit ke-87, calon pemenang Ballon d’Or akan datang, Raphinha menewaskan Yann Sommer dengan rembatan deras untuk memastikan Barcelona 2-3 di hadapan Inter (agg 5-6).

Ketika Barcelona berkira kira layak ke final UCL bersama Hansi Flick, Inter Milan mengikat perlawanan secara agregat sekali lagi menerusi gol Francesco Acerbi minit ke-90+3. Kira kira 2 minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

Pada masa kecederaan, Inter terus unggul di hadapan menerusi gol Davide Frattessi minit ke-99 masa ekstra.

Dan gol itu cukup untuk membawa Inter Milan ke final UCL sekali lagi. Yang kedua dalam 3 musim terakhir.

Inter berpeluang untuk menamatkan kemarau kejuaraan UCL yang kali terakhir mereka menangi bersama Jose Mourinho musim 2009/10.

Impian treble Barcelona berakhir dengan dramatik

Barcelona yang dianggap pasukan pilihan untuk mara ke final terpaksa akur. Impian treble Barcelona lebur di bumi Itali.

impian treble barca lebur

Kini mereka akan fokus untuk memastikan La Liga milik mereka. Dan ia pasti akan menjadi pengubat terbaik untuk Barcelona setelah melepaskan peluang untuk  menjuarai UCL musim ini.