Harapan Lionel Messi untuk mengetuai Inter Miami mara lebih jauh dalam Piala Dunia Kelab 2025 berkecai di tangan PSG.

Javier Mascherano menganggap Inter Miami tidak harus malu kerana mereka kalah di tangan pasukan terbaik di dunia pada ketika ini.

Juara Eropah, PSG terlalu unggul untuk Inter Miami yang jelas terlalu bergantung kepada Lionel Messi ketika aksi pusingan 16 akhir yang berlangsung di Stadium Mercedes-Benz, Atlanta.

psg kalahkan inter miami

Messi yang juga bekas pemain PSG, nampak hilang punca dalam perlawanan ini. PSG mendominasi perlawanan dengan sangat kuat. Di bahagian tengah, Inter Miami hampir tidak mampu berbuat apa apa di hadapan lebih 65,000 penyokong.

Analisis: Taktikal High Pressing PSG Lemaskan Inter Milan Di Final UCL

PSG membuka tirai jaringan seawal minit ke-6 menerusi pemain tengah muda Joao Neves. Pemain berusia 20 tahun itu terus mencipta impak dengan gol kedua peribadinya pada minit ke-39, hasil kesilapan barisan pertahanan Inter Miami. Ini merupakan jaringan berganda pertama dalam kerjaya Neves – yang kemudian dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Malang bertambah buat Miami apabila Tomas Aviles, yang baru dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-19, menjaringkan gol sendiri lima minit kemudian untuk memberikan PSG kelebihan 3-0.

Kemenangan bergaya PSG disempurnakan menerusi jaringan keempat oleh pemain pertahanan Achraf Hakimi dalam masa kecederaan babak pertama. Separuh masa pertama berakhir 4-0 memihak pasukan juara Eropah.

Dan separuh masa kedua, Inter Miami bernasib baik kerana PSG tidak menambah lebih banyak gol. Dengan aksi berakhir dengan 4-0 milik PSG.

messi suarez

“Kami bermain dengan sangat baik. Walaupun mendahului 4-0, kami teruskan permainan dengan intensiti yang sama,” kata Neves selepas perlawanan.

“Saya gembira kerana berjaya jaringkan dua gol, tetapi lebih gembira kerana menan,” tambah pemain itu lagi.

Pengurus PSG, Luis Enrique ternyata puas dengan prestasi semua pemainnya.

“Ia satu perasaan yang hebat. Saya gembira dengan semua pemain, mentaliti mereka dan sikap di atas padang. Seperti biasa, ada ruang untuk penambahbaikan, tetapi ini kemenangan penting,” katanya.

Luis enrique

PSG akan berdepan pemenang antara Flamengo dari Brazil atau juara Bundesliga, Bayern Munich dalam aksi suku akhir yang akan berlangsung pada Sabtu ini di venue sama.

Inter Miami akhiri cabaran pasukan tuan rumah

Bagi Inter Miami, kekalahan ini menamatkan perjalanan mereka dalam kejohanan, namun mereka tetap boleh berbangga menjadi satu-satunya wakil MLS yang mara ke peringkat kalah mati selepas Seattle Sounders dan LAFC tersingkir awal.

Perlawanan ini juga menyaksikan Leo Messi, Luis Suárez, Sergio Busquets, Jordi Alba dan pengurus Javier Mascherano turun menentang bekas jurulatih mereka sendiri, Enrique, yang mencipta kejayaan treble bersama mereka di Barcelona pada tahun 2015.

messi inter miami

Mascherano anggap PSG pasukan terbaik dunia

Mascherano bangga dengan pencapaian Inter Miami hasil kerja keras mereka, sehingga mampu mara ke kalah mati. Dan hanya disingkirkan oleh pasukan terbaik dunia.

“Kami berusaha keras dalam kejohanan ini. Tapi hari ini memang kami sedar ia akan menjadi sangat sukar. PSG mungkin pasukan terbaik dunia sekarang,” kata Mascherano.