Siapa sudah tonton movie Interstellar? Amacam? Faham ke tak faham?
Lumrah apabila kita menontonnya sekejap faham sekejap tak faham kerana ia mind-boggling movie terutama part sejam terakhir itu. Ia filem arahan Christopher Nolan yang mengetengahkan elemen fiksyen dan fakta yang mungkin agak berat untuk difikirkan.
Interstellar: If you can understand the last one hour, it will be enjoyable to watch theoretical physics in action. If not, good luck.
— Ismail (@mohdismail) November 6, 2014
Di bahagian akhir itu, mereka usaha nak tunjuk siapa itu “they” dan bagaimana “they” perceived time as a physical thingy yang kita boleh kacau, panjat dan sebagainya. Tapi tak best apabila in the end, watak hero sebut “they” yang buat 5 dimensi adalah manusia juga. Meaning macam manusia ni kononnya dah capai peradaban maha tinggilah at that time. Semua yang berlaku itu kerana manusia di masa depan yang letakkan mereka di dalam situasi itu, bukan Tuhan.
Kita tahu Allah jadikan alam semesta ini penuh misteri dan hikmah untuk orang-orang berfikir akan kehebatanNYA. Cuma Cooper seperti jiwa seorang Atheis apabila meletakkan semua punca kerana manusia tanpa acknowledge ada wujudnya Tuhan dan alam ghaib. Ini dikuatkan lagi dengan scene di dalam black hole dan ketika masuk dimensi masa itu, dia nampak bilik anak dia dari setiap zaman. Tambahan pula dia boleh kacau zaman silam atau zaman hadapan di ruang masa itu.
Ada satu kupasan menarik yang telah kami baca tentang Interstellar dan mahu anda membacanya juga. Ulasan ini sama berat seperti filem Interstellar. Keep calm and read.
Antara filem Interstellar dan Surah Bintang
Oleh Mohd Ali Atan
Filem Interstellar mengisahkan penerokaan bintang ke bintang dengan menggunakan jalan pintas iaitu menerusi lubang hitam yang merentasi galaksi dan masa serta dimensi.
Ya separuh fiksyen separuh fakta. Tapi fiksyen itu seperti mahu difaktakan menjelang Disember 2014/15 apabila kapal angkasa NASA bernama Orion sudah dipasang di stesen pelancar roket di Florida, US.
Orion dijangka mengembara melampaui satelit bumi iaitu bulan menuju ke Marikh dan planet-planet lain (sama ada planet dalam galaksi bimasakti atau galaksi lainnya???)
Tak rugi menonton Interstellar. Teori relativiti Enstein dan teori graviti Newton,teori binari dan lain2 dimanipulasi dalam membentuk rencah rasionalisasi (bukan rasionalisasi subsidi minyak ye!!!) kausaliti (hukum sebab-akibat) penerokaan baharu tersebut.
Dan ia nyata suatu penerokaan yang tidak pasti. Bergantung pada nasib untung rugi. Ini dianggap suatu pembohongan dalam sains yang mengutamakan empirikal.
Penerokaan ‘nasib’ ini berpandu kepada unsur naluri kemanusiaan,kecintaan terhadap keluarga,menjunjung kemanusiaan sejagat dan membela populasi spesis manusia di muka bumi ditandai puisi prof dr brand tentang mengawasi malam yang sunyi memendam peti rahsia alam (kononlah sangat uncle sam nih).
Surah An-Najm dalam urutan surah ke-53 (surah bintang) lebih agung dalam menceritakan tentang alam di luar bumi. Surah Bintang diapit oleh Surah Gunung (at-Tur surah ke-52) dan Surah Bulan (al Qamar surah ke-54 amat signifikan untuk dijadikan asas nilaian kandungan filem ini.
Surah Bintang bukan sekadar terperangkap dalam kejumudan angkubah “astrofizik” malahan melangkui metafizika.
Jika dalam Interstellar makhluk di luar sana adalah makhluk 4-5 dimensi dan akhirnya ia merujuk kepada manusia yang terperangkap dalam dimensi kelima. Dalam surah an najm makhluk di luar sana adalah malaikat.
Seperti Jibril yang menampakkan diri diri dalam rupa yang asli (rupa yang bagus dan raut yang perkasa) sedang Jibril berdiri di ufuk nan tinggi (ayat 6-8).
Tujuan filem sains fiksyen futuristik angkasa termasuk Interstellar selari dengan uncle sam menerusi jabatan NASA untuk mencari planet baharu yang sesuai dengan manusia sama ada dari segi kesamaan geologi, geografi,atmosfera dll unsur hidupan yang sama atau hampir sama dengan planet bumi.
Hasrat itu ditunjangi mahu hidup berterusan dan lama. Mahu panjang usia sentiasa muda!
Tapi dalam al Quran penceritaan Allah kepada kita akan alam dan makhluk di luar angkasa adalah menyatakan sebahagian keagungan Allah yang tertinggi (an najm ayat 18).
Dan bahawasanya Tuhanlah kesudahan segala sesuatu. Yang menjadikan manusia itu ketawa dan menangis. Yang mematikan dan menghidupkan. Yang mencipta pasangan lelaki dan wanita dari pancaran air mani. Yang menetapkan hari kebangkitan sesudah matinya. Yang memberikan kekayaan dan kecukupan. Yang memiliki Bintang Syi’ra. (Rujuk ayat 42 hingga 62).
Perkhabaran tentang alam dalam al quran merupakan jawapan terhadap misteri alam ini.
Dan sebahagian manusia cuba mengungkapkan jawapan itu menerusi sains sekular.
Jika filem arahan Christopher Nolan ini pada akhirnya mengungkapkan kejayaan penerokaan hasil dengan merungkaikan mesej manusia yang terperangkap (dibantu inspirasi dari puisi) dalam dimensi kelima sehingga kejayaan manis itu ditandai dengan melambatkan usia tua kerana perbezaan masa,graviti dan ruang yang pada titik akhirnya meraikan angan-angan hidup panjang dan lebih kekal menguasai alam raya ini.
Dalam Surah Bintang, jawapan misteri alam diakhiri dengan kemusnahan seluruh alam termasuk bumi dan manusia (surah najm 53-58) dengan lontaran soalan,
Apakah mereka merasa hairan dengan perkhabaran ini? Dan kamu mentertawakan dan TIDAK MENANGIS?Sedangkan kamu mengalpakannya?
DAN SUJUDLAH KEPADA ALLAH DAN SEMBAHLAH ABDIKANLAH DIRI KEPADA DIA! (59-62) (Ayat Sajadah)
(Surah Bintang merupakan surah yang pertama kali turun yang di dalamnya terdapat ayat sajadah iaitu ayat yang apabila dibaca dianjurkan disusuli dengan sujud)
Sujud dan pengabdian bukanlah bermakna terkandas pada dinding yang membekukan akal dan jiwa.
Sujud adalah permulaan penerokaan yang menakjubkan akal. Soalnya layakkah,mampukah dan bersediakah kita?
Filem ini berjaya merangsang daya akliah dan daya rohaniah untuk merujuk kepada sumber yang kita miliki. Tapi amat RUGI bagi yang tidak merujuk kepada Al Quran kerana kemungkinan besar dihambat nafsu nafsi angan-angan penerokaan yang sia-sia.
Sedikit disebalik filem Interstellar yang sudah melepasi 200 juta dollar kutipan tiket. Dan sudah pasti ramai orang Islam menonton filem ini dengan rasa teruja.
Jadi diharapkan keterujaan itu mengembalikan kita kepada Al Quran yang kita remehkan sama ada dari segi ibadah dan pengkajian maksud Al Quran dalam memodenkan manusia sejagat.