iPhone 7 bakal dilancarkan tidak lama lagi. Pelancaran iPhone terbaru bermakna hampir semua pengguna bakal menerima update terbaru iOS iaitu iOS 10. Pelbagai features dan perubahan yang dilakukan Apple sempena iOS terbaru. Features paling comel daripada Apple pada kali ini haruslah pertambahan emoji pack khas buat iOS 10.

Berdasarkan emoji pack terbaru iOS 10, dilihat Apple cuba memfokuskan kepada gender inequality dimana hampir semua kesemua emoji melibatkan aktiviti disertakan dengan emoji buat kedua-dua jantina. #TeamFeminis pasti suka dengan update terbaru ini.

Apple juga memfokuskan kepada emoji melibatkan kekeluargaan dengan lebih banyak pada kali ini. Antara yang terbaru adalah emoji melibatkan single parent. Berikutan penggunaan emoji yang meluas, dikatakan suggestion emoji turut berdasarkan apa yang ditulis melalui fungsi Quicktype. Cool bukan?

apple-iOS-10-new-emojis-007

apple-iOS-10-new-emojis-004

apple-iOS-10-new-emojis-003

apple-iOS-10-new-emojis-002

apple-iOS-10-new-emojis-006

apple-iOS-10-new-emojis-005

apple-iOS-10-new-emojis-001

Dalam pada itu, Pihak Apple telah menukar emoji pistol yang dulunya lebih real kepada pistol air berikutan bantahan beberapa pihak yang merasakan emoji pistol terlalu ganas dan tidak sesuai untuk dijadikan emoji. Buat anda yang tidak sabar untuk menantikan pelancaran iOS secara rasmi, Apple telah menyediakan iOS 10 beta 4 dimana segala fungsi emoji ini bakal tersedia.