iPad mini merupakan pilihan terbaik buat mereka yang mahukan tablet murah di dalam ekosistem Apple. Jadi, sebahagian peminat iPad mini pasti mahu mengetahui bila pula pelancaran model berikutnya.

Menerusi perkongsian penganalisa terkenal Ming-Ching Kuo, iPad mini generasi seterusnya hanya akan dilancarkan pada hujung tahun 2023 atau suku tahun pertama 2024.

Baca Juga:

Sumber Gambar: NoteBookCheck

Sementara iPad skrin boleh lipat yang diuar-uarkan sebelum ini dikatakan tidak akan menjadi pengganti kepada iPad Mini. Hal ini iPad skrin boleh lipat ini sudah pasti ditawarkan jauh lebih mahal sekaligus bukan di dalam kategori bajet lagi.

Apple dikatakan bakal menfokuskan kepada penawaran cip yang lebih canggih menerusi iPad mini generasi baharu. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut berkaitan iPad mini baharu ini.

Sumber