Sudah menjadi kewajipan pada masa kini di mana detik Hari Raya dirakam dan diambil gambar sebagai kenang-kenangan bersama yang tersayang.

Bagi golongan yang lebih muda, berkongsi detik indah di platform media sosial popular sudah menjadi suatu kebiasaan di mana platform ini berfungsi sebagai album digital.

Baca Juga:

Di sebalik kegembiraan menyambut Hari Raya yang bakal tiba, pastinya setiap pengguna idamkan telefon pintar yang mempunyai kualiti kamera yang hebat.

Dalam erti kata lain, imej yang dihasilkan haruslah jelas, terang serta mampu menaikkan seri gambar tanpa perlu bersusah payah membuat suntingan.

Sumber: Instagram @Zarnizar

Pada kali ini, hanya dengan berbekalkan iPhone 14 dan iPhone 14 Plus, beberapa gambar telah diambil dan dikongsikan menerusi siri #ShotoniPhone.

Menariknya, hasil gambar ini diambil oleh individu daripada pelbagai latar belakang melibatkan content creator, penyanyi dan juga jurugambar. Berikut merupakan contoh gambar yang hasil daripada model iPhone 14 dan iPhone 14 Plus.

Sumber: Instagram @annicelyn
Sumber: Instagram @huxsterized
Sumber: Instagram @annicelyn
Sumber: Instagram @huxsterized
Sumber: Instagram @cikmanggis

Untuk pnegetahuan, Kesemua gambar ini diambil menggunakan mod fotografi yang berbeza terdiri daripada action mode, potrait mode, burst mode dan juga penggunaan lensa ultra-wide.

Penggunaan potrait mode dengan pilihan contour light membolehkan gambar potrait yang diambil tampak lebih dramatik. Bukan itu sahaja, menerusi iPhone 14 dan iPhone 14 Plus, para pengguna berpeluang mendapatkan gambar yang lebih detail beserta efek bokeh menerusi potrait mode.

Keupayaan menghasilkan warna yang tepat sekaligus membuatkan gambar kelihatan ‘hidup’ atau yang membuatkan model iPhone daripada Apple menjadi pilihan.

Sumber: Instagram @moksva
Sumber: Instagram @Zarnizar
Sumber: Instagram @Zarnizar

Terbaharu, Apple turut memperkenalkan iPhone 14 dan iPhone 14 Plus dengan pilihan warna kuning yang sekaligus membuatkan model tersebut tampil lebih fresh.

Sekiranya anda sedang mencari model telefon pintar yang menawarkan kualiti gambar yang baik untuk merakam serta mengambil gambar sempena Hari Raya yang bakal tiba, mungkin model terbaru iPhone ini antara yang boleh anda pertimbangkan.