Kita kini sudahpun berada di penghujung tahun 2023, maka seperti biasa Google sebagai engin carian utama di Malaysia turut berkongsi informasi berkenaan carian popular yang dibuat oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun ini.

Pelbagai peristiwa yang berlaku di dalam negara mahupun luar negara yang membuatkan kita mencari maklumat secara spesifik di engin carian Google. Terdapat pelbagai kategori yang dikongsikan berkenaan carian tersebut.

Baca Juga:

Carian popular
Sumber Gambar: Google Malaysia

Di bawah kategori Berita, carian paling popular sepanjang 2023 ini di Google Malaysia adalah berhubung bantuan rakyat iaitu “Sumbangan Tunai Rahmah” kemudian diikuti dengan konflik peperangan dua negara yang tidak berkesudahan iaitu “Perang di Israel dan Gaza” dan juga perkembangan politik dengan carian “Keputusan PRN”.

Carian popular
Sumber Gambar: Google Malaysia

Sementara dalam kategori gajet pula, antara carian popular yang dilakukan oleh rakyat Malaysia sudah semestinya iPhone 15 kemudian diikuti tangga ke-2 adalah Honor X9B, lalu pada tangga ke-3 pula adalah model Realme C53 dan barulah model Samsung S23 tersenarai di tangga ke-4.

Sumber Gambar: Google Malaysia

Kategori orang pula memperlihatkan individu-individu yang menjadi bualan ramai di media sosial sebagai contoh di tangga pertama memperlihatkan Ira Kazar sebagai carian tersohor untuk sepanjang tahun 2023. Selepas itu, diikuti pula pelawak kontroversi dari Singapura iaitu Jocelyn Chia pada tangga kedua kemudian hadir dengan pelakon tersohor negara iaitu Michelle Yeoh di tangga ke-3.

Sumber Gambar: Google Malaysia

Untuk kategori filem pula, rakyat Malaysia juga dilihat sangat berminat dengan filem biopik terlaris tahun ini yang berjudul Oppenheimer dan pesaing sengitnya hadir di tempat kedua iaitu Barbie. Filem Jawan yang memperlihatkan pelakon terkemuka buat kemunculan julung kalinya pada tahun ini juga berjaya tersenarai di tangga ketiga.

Hanya satu filem tempatan sahaja yang berjaya memasuki senarai tersebut dengan menduduki tangga ke-10 iaitu Polis Evo. Menariknya, filem Polis Evo berjaya mengutip sebanyak RM50 juta sekaligus muncu sebagai francais nombor satu negara dengan kutipan tertinggi.

Sama-sama kita nantikan pula rangkuman carian popular menerusi Google di Malaysia pada tahun hadapan yang pasti dipenuhi dengan kejutan.

Sumber