Mungkin disebabkan terlalu banyak ura-ura rekabentuk iPhone 7, sebuah kilang yang dipercayai daripada China sudah mula mengeluarkan iPhone 7 versi klon dan dijual secara meluas.
Kehebatan China untuk menghasilkan peranti klon memang tidak dapat dinafikan. Namun berita ini agak mengejutkan kami kerana selalunya peranti klon akan dikeluarkan sejurus keluarnya peranti asal. Mungkin juga peranti ini dikeluarkan khas buat mereka yang ingin kelihatan ‘cool’ dengan ‘iPhone’ terbaru.
Seperti yang dapat anda lihat, iPhone yang dijual ini didatangi bersama dwi-kamera yang kemungkinan yang bakal hadir pada Apple iPhone terbaru. Bahagian panel belakang iPhone ini juga sedikit berbeza berbanding iPhone yang original. Jika selalunya iPhone original tertera ayat ‘Designed by Apple in California’, namun tidak dengan iPhone klon yang hadir dengan ayat ‘Designed by TAIWAN’.
Buat anda yang menantikan kehadiran Apple iPhone terbaru, Apple dijangka mengumumkannya sekitar September 2016 ini. Sebelum itu, sudahkah anda membaca tentang Syarikat Apple yang disaman di China.