Premier League terkilan dengan tindakan Ipswich Town yang dikatakan tidak menyokong kempen pelangi yang berlangsung awal Disember setiap musim.
EPL mengesahkan Ipswich sebagai satu satunya pasukan yang tidak mengenakan lilitan kapten pelangi pada kempen EPL minggu lalu.
Dalam aksi EPL antara Ipswich dan Nottingham Forest, kapten Ipswich Sam Morsy tidak memakai lilitan kapten dengan corak pelangi.
Dan ianya dianggap melanggar SOP Liga Perdana Inggeris yang mewajibkan pemakaian lilitan lengan dengan warna pelangi untuk kempen sehingga 5 Disember ini.
Ipswich mempertahankan tindakan kelab itu. Dengan menegaskan bahawa kelab menyokong kempen pelangi tersebut namun kapten mereka Sam Morsy yang enggan memakai lilitan pelangi itu.
Hal ini kerana kempen itu bertentangan dengan ajaran agamanya. Sam Morsy merupakan pemain kebangsaan Mesir yang beragama Islam.
Ipswich berkata: “Kelab kami menyokong sepenuhnya semangat inklusif dan mengalu alukan semua. Kami berbangga menyokong kempen pelangi oleh Premier League dan berdiri teguh di belakang komuniti LG**, serta menyokong hak kesamarataan dan penerimaan.
“Sepanjang kempen pelangi ini, pemain daripada pasukan lelaki dan wanita kami melawat yayasan kami dengan sesi ramah mesra bersama komuniti LG**Q+.
“Kelab ini sudah berikrar akan terus menyokong komuniti ini bersama sama dengan Nottingham Forest dalam aksi EPL yang akan datang,” tegas kelab sebelum perlawanan tersebut.
Morsy kemudian menjadi satu satunya kapten yang tidak memakai lilitan pelangi. Musim lalu, kapten Sheffield, Anel Ahmedhodzic juga menolak untuk melakukannya.
Sam Morsy atau nama sebenarnya Samy Sayed Mekkay Saied Morsy sudah memberitahu kelab dia tidak menyokong kempen itu. Dan kelab memutuskan untuk menghormati pendirian kapten mereka itu.
Komuniti penyokong Ipswich dari golongan pelangi sudah menyatakan kekecewaan mereka kepada kelab.
Dan respon kelab: “Kelab menyokong kempen ini dan sudah menyediakan beberapa program menjelang aksi menentang Crystal Palace pada Selasa.
“Pada masa yang sama kami menghormati keputusan kapten kami, Sam Morsy, yang memutuskan tidak akan memakai lilitan lengan pelangi kerana tidak selari dengan ajaran agamanya. Namun kami akan terus menggalakkan lagi suasana yang penuh rasa hormat di dalam dan di luar padang.”
Ipswich have released a statement after captain Sam Morsy opted not to wear the rainbow armband which signifies the Premier League's Rainbow Laces campaign. pic.twitter.com/WW7jMQ0nCi
— Sky Sports News (@SkySportsNews) December 2, 2024