Pempengaruh dan usahawan terkenal, Iqbal Zulkefli berharap konflik di antara Datuk Aliff Syukri dengan bekas pembantunya, Melati akan diselesaikan secara damai.

Iqbal benar benar berharap agar pendamaian itu tidak melibatkan sebarang saman.

Konflik tersebut menurutnya tidak membawa faedah malah memberikan kesan buruk di masa akan datang buat kedua dua pihak.

Iqbal berkongsi pengalaman bekerja dengan Datuk Seri Vida. Di mana mereka juga ada mengalami konflik ketika bekerja. Namun mereka selesaikannya secara aman tanpa perlu ke mahkamah.

Bercakap kepada Mstar, Iqbal Zulkefli berkata: “Saman menyaman itu memenatkan. Saya dengan Vida kalau diikutkan masing masing ada terasa hari. Namun berfikir pada suatu masa akan saling memerlukan.

“Selagi boleh jaga hubungan baik, banyak bersabar semoga semuanya baik baik,” tegas Iqbal lagi.

Iqbal menegaskan kalau diikutkan ada beberapa perkara yang boleh dia gunakan untuk heret Datuk Seri Vida ke mahkamah. Namun dia berlapang dada dan tidak melakukannya.

Apa yang dia cuba sampaikan adalah, dia mahu Aliff Syukri dan Melati berdamai dan tak perlu sampai ke tahap saman menyaman.

Hal ini kerana urusan di mahkamah teramat rumit terutama sekali untuk pihak yang tidak cukup duit.

Aliff Syukri sebelum ini memutuskan untuk menyaman Melati yang dituduh membuat kenyataan berbaur fitnah ke atasnya.

Namun Melati gagal untuk membayar saman itu. Membuatkan Aliff Syukri memfailkan komital agar Melati dihukum penjara.

Melati sudah menyatakan bahawa dia tidak ada tidak cukup duit untuk mengupah peguam. Dan dia meminta mahkamah memberikannya tempoh sebulan untuk mendapatkan peguam.

Melati menganggap kes ini benar benar membuatkan dia rasa sangat tertekan. Dia juga berharap bekas majikannya itu berlembut hati untuk memaafkannya dan menggugurkan kes tersebut.