Ketegangan politik yang sedang melanda, membuatkan pasukan kebangsaan Iran mungkin tidak akan bertanding di Piala Dunia FIFA 2026, meskipun mereka sudah layak secara sah.

Iran berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2026, yang dijadual berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico Jun โ€” Julai ini. Mereka ditempatkan dalam Kumpulan G bersama Belgium, New Zealand dan Mesir.

Namun, ketegangan geopolitik terbaru telah mengubah segalanya. Sebelum ini AS memberikan jaminan, bahawa pemain dan staf kejurulatihan Iran akan dibenarkan masuk ke AS menerusi saringan ketat, walaupun peminat mereka dilarang untuk memasuki AS.

Situasi kini, berikutan serangan tentera AS dan Israel terhadap Iran, termasuk laporan operasi ketenteraan besar-besaran dan kematian pemimpin tertinggi Iran, suasana di negara itu kini sangat tegang.

Terutama sekali selepas pemimpin tertinggi Iran terkorban dalam serangan udara oleh AS dan Israel.

FA Iran: Mustahil kami ke Piala Dunia

Dalam keadaan itu, Presiden Persekutuan Bola Sepak Iran, Mehdi Taj, berkata adalah โ€œsukarโ€ untuk pasukan mereka menyertai Piala Dunia 2026 dalam keadaan sekarang.

Walaupun AS tidak menyekat mereka daripada menyertai Piala Dunia, namun situasi masih tetap samar. Terutama sekali rakyat Iran ketika ini rata rata marah dengan AS.

Dalam kenyataannya di televisyen awam, Taj menyatakan bahawa situasi politik dan keselamatan sekarang menyukarkan Iran untuk terus ke Piala Dunia, walaupun tiada keputusan rasmi tentang pengunduran pasukan setakat ini.

Sebelum pergolakan ini meletus, Iran sudah pun menghadapi isu โ€” mereka boikot kempen undian Piala Dunia 2026 pada akhir 2025 kerana masalah penolakan visa oleh pihak AS kepada pegawai mereka. Konflik itu telah menambah lagi kerumitan situasi ini.

Walaupun begitu, FIFA dikatakan sudah pun menyediakan pelan untuk menggantikan Iran jika mereka benar-benar menarik diri. Antaranya:

Iraq berpeluang ganti terus tempat Iran

Iraq kini menjadi calon utama untuk mengisi tempat Iran. Ini kerana mereka adalah negara Asia terakhir yang kekal beraksi pada aksi play off ketika ini.

Seterusnya Emiriah Arab Bersatu (UAE) โ€” turut disebut sebagai calon untuk play-off atau mengisi slot yang ditinggalkan oleh Iraq sekiranya Iraq diberikan slot automatik.

Penyusunan jadual perlawanan juga boleh berubah โ€” kerana Iran sepatutnya membuka kempen mereka menentang New Zealand pada pertengahan Jun di Los Angeles.