Kontrak Antony di Real Betis akan berakhir selepas tamat musim ini memandangkan dia hanya dipinjamkan ke kelab itu.
Isco berpendapat bahawa Real Betis kini perlu mengutip dana awam untuk memastikan Antony terus kekal sekurang kurangnya semusim lagi.
Prestasi cemerlang Antony sejak menyertai kelab tersebut secara pinjaman.
Terbaru Antony cemerlang membantu Betis menang aksi derbi ke atas Sevilla.
Antony mengibarkan bendera kelabnya ketika meraikan kejayaan pada derbi itu.
Kontrak Antony jadi topik panas
Dan topik perpindahan tetap Antony ke Real Betis terus hangat diperkatakan.
Namun Betis sudah menyatakan bahawa mustahil untuk mereka membeli Antony, yang harganya pasti di luar kemampuan kelab itu.
Sebelum ini United menyatakan bahawa Betis harus menyediakan sekurang kurangnya €50 juta untuk membeli Antony secara tetap.
Tiada klausa beli tetap dalam kontrak pinjaman Antony. Bermakna United masih boleh meletakkan harga sangat tinggi untuk pemain itu.
Antony tidak ada dalam perancangan Ruben Amorim buat masa ini. Perkara itu disahkan sendiri Amorim, walaupun dia gembira Antony cemerlang di La Liga.
Ejen Antony Bidas Ruben Amorim Pandang Rendah Kualiti La Liga
Amorim yakin Antony cemerlang di La Liga kerana faktor fizikal yang kurang lasak berbanding EPL.
Isco mahu semua derma demi Antony
Antony kini menjadi pemain kesayangan peminat. Dia kembali cemerlang dan kembali dengan keyakinan yang dia telah hilang sejak menyertai United.
Kontrak Antony di United masih panjang setelah dibeli dengan nilai €100 juta. Dan kini Antony dilihat bahagia di Betis.
Isco pula gembira dengan prestasi pemain itu dan mahu dia terus kekal. Memandangkan harga membeli Antony secara tetap sangat mahal, maka bekas pemain Real Madrid itu mahu semua pihak bersatu menyumbangkan wang demi untuk melanjutkan kontrak Antony setahun lagi.

Selepas kemenangan Real Betis ke atas Sevilla, Isco berkata: “Sekarang ini kami perlu kutip dana awam untuk pastikan Antony terus kekal bersama kami sekurang kurangnya semusim lagi.
“Saya gembira kami berjaya membuatkan dia gembira di sini. Dia mengejutkan kami semua dengan sikap rendah diri dan dengan kesanggupannya untuk membantu dan menambahkan lagi kekuatan pasukan ini.
🗣️ “Tenemos que hacer un crowdfunding de esos”
¿Fichar a Antony? @RealBetis, @isco_alarcon ya tiene la solución 🤣#ElPost ⚽️ pic.twitter.com/eQIysK6PdN
— DAZN Fútbol (@DAZNFutbol) March 30, 2025
“Kami merasai perubahan itu sejak dia tiba. Kami tumpang gembira untuknya,” kata Isco lagi.