Pempengaruh dan streamer popular IShowSpeed yakin bahawa Indonesia akan menjadi juara Piala Dunia 2030 selepas Portugal dan Ronaldo menjuarainya pada 2026.
Ini selepas streamer itu melihat di depan matanya sendiri kualiti orang Indonesia bermain bola sepak ketika lawatannya ke negara itu.
Indonesia memang dikenali sebagai negara yang gilakan bola sepak. Peningkatan ketara dalam skuad kebangsaan mereka sejak akhir akhir ini, menjadikan Indonesia menjadi salah satu kuasa baru bola sepak di Asia.
Mereka malah masih lagi berpeluang untuk mara ke Piala Dunia 2026 yang akan datang.
Dalam ranking dunia FIFA, mereka semakin menghampiri kedudukan 100 teratas. Ianya hasil daripada kerja keras dan prestasi memberangsangkan Indonesia dalam beberapa tahun ini.
IShowSpeed ramal Garuda Juara Dunia
Jadi tidak hairanlah IShowSpeed meramalkan bahawa Indonesia bakal menjadi juara Piala Dunia 2030. Sebelum ini IShowSpeed meramalkan juara Piala Dunia 2026 adalah Portugal yang diketuai oleh Cristiano Ronaldo.
Seterusnya untuk edisi 4 tahun selepas itu, Speed benar benar meletakkan harapannya kepada Indonesia untuk menjadi juara dunia yang baharu. Sekaligus menjadi pasukan pertama dari Asia menjuarai Piala Dunia.
IShowSpeed berkata: “Bakat bakat bola sepak di Indonesia sangat tak masuk akal.
“Mereka akan memenangi Piala Dunia 2030. Kamu semua dengar ramalan ini yang pertama daripada mulut saya.”
Internet sensation, IShowSpeed already has his say on the 2030 World Cup 🏆
"The talent in Indonesia is crazy. They winning the 2030 World Cup. Ya'll heard it from me first." pic.twitter.com/z6ToujgGlT
— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) July 26, 2025
Adakah anda setuju dengan ramalan IShowSpeed? Dan siapakah pula yang anda rasa mampu menjulang Piala Dunia 2030?