Selain mengebom ke lokasi-lokasi awam di Gaza, regim Israel juga dilihat tidak jemu menyebarkan video propaganda di media sosial dengan harapan meraih simpati daripada warga maya seluruh dunia.

Terbaharu, sebuah video dikatakan menunjukkan rakyat Palestin “memalsukan kematian” mereka sendiri menjadi tular pada hari semalam. Video itu telah berjaya meraih jumlah tontonan sehingga 1.3 juta menerusi platform media sosial yang dikenali sebagai X.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lantas, media Israel berlumba-lumba berkongsi video tersebut untuk membuktikan ia adalah video propaganda daripada pihak Hamas untuk mengelirukan orang ramai.

Bagaimanapun, laporan Forbes mendedahkan bahawa video itu bukannya daripada peperangan Hamas-Israel. Sebaliknya, video itu berasal daripada bulan Ogos lalu dan tidak kelihatan seperti dari Timur Tengah seperti yang didakwa.

Sebuah akaun Pro-Israel dengan bangganya berkongsi video terbabit dengan kapsyen sinis mengatakan bahawa “rakyat Palestin yang mati” itu sudah hidup kembali.

Bagaimanapun, reaksi yang diterima eh warga maya pula sebaliknya yang mana ramai yang menjelaskan bahawa video itu tidak berlaku di Palestin kerana kelihatan pemakaian dan wajah individu di dalam video seperti warga Asia.

Dalam pada itu, difahamkan video tersebut sebenarnya datang daripada akaun TikTok @matjetak19 berpengakalan di Malaysia dan disiarkan pada 19 Ogos iaitu beberapa sebelum berlakunya konflik Gaza-Israel.

@metjetak17

innalillah arwah dulu satu longgok pco #y15zrmalaysia #longgokpco🚀 #taktiputakdepan #8tat

♬ Sin Pijama Remix_ZINYO FUNKYTONE – 𝒀𝒖𝒏𝒖𝒁 𝑭𝒖𝒏𝑲𝒚🎶

Menerusi pemerhatian kami, video berkenaan sedang memperlihatkan keadaan sebuah kursus pengurusan jenazah yang dianjurkan di sebuah masjid. Dapat dilihat sejumlah warga tempatan yang mengerumuni sejumlah peserta yang sedang berlakon sebagai mayat untuk praktikal.

Malah, perkara ini dikuatkan lagi dengan kehadiran projector, mikrofon, dan laptop yang digunakan untuk mengajar kariah di situ. Oleh itu, warga maya tempatan menerangkan bahawa ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana kursus sebegini memang biasa diadakan di negara ini.