Israel baru sahaja melancarkan serangan ke atas fasiliti minyak Iran. Bejamin Netanyahu mengesahkan perkara itu dan menyatakan bahawa pihaknya menguasai sepenuhnya ruang udara Iran.

Setakat ini, tiada laporan yang mengesahka Tel Aviv menguasai minyak Iran. Serangan hanya dibuat ke arah beberapa fasiliti minyak.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata: “Kami akan meneruskan serangan dengan segala kekuatan untuk menumbangkan rejim Iran.

“Israel telah mencapai penguasaan sepenuhnya ke atas ruang udara Tehran.”

Pada hari yang sama, Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan udara ke atas sebuah kemudahan penyimpanan minyak di selatan Tehran.

Ianya menandakan serangan pertama yang menyasarkan infrastruktur minyak Iran sejak perang tercetus, menurut laporan Le Monde di Perancis.

Iran
Foto: X

Dalam ucapannya, Netanyahu turut menyasarkan pihak berkuasa Iran termasuk Iranian Revolutionary Guard Corps dengan berkata:

“Jika mereka meletakkan senjata, mereka tidak akan diganggu,” dan “mereka yang enggan akan berdepan akibatnya.”

Dia juga turut menyampaikan mesej kepada rakyat Iran dengan mengatakan: “Saat kebenaran semakin hampir. Dan kami tidak mahu memecah belahkan Iran, tetapi membebaskannya rakyat Iran daripada belenggu kezaliman dan hidup bersama secara aman.”

Sebelum itu, Presiden AS, Donald Trump berkata: “Kami akan melancarkan serangan yang sangat dahsyat terhadap Iran. Serangan akan diperluaskan ke kawasan dan kumpulan yang sebelum ini tidak pernah dianggap sebagai sasaran.”

Susulan itu, Amerika Syarikat dan Israel dilihat melancarkan serangan besar-besaran terhadap infrastruktur teras Iran, termasuk kemudahan minyak.

Israel juga mendedahkan pada hari yang sama bahawa sejak perang bermula, mereka telah melakukan 3,400 serangan udara ke atas Iran. Memusnahkan lebih 150 tapak pertahanan Iran.

Dan Menjatuhkan kira-kira 7,500 senjata ke atas sasaran strategik setakat ini.

Dalam pada itu jurucakap White House mendakwa Amerika Syarikat sudah merampas sepenuhnya minyak Iran. Namun buat masa ini tiada laporan rasmi mengesahkan perkara itu.