Baru-baru ini ISS (International Space Station/Stesen Angkasa Antarabangsa) kongsikan beberapa imej air dari stesen orbit.
Imej-imej tersebut diambil dari empat lokasi berbeza; Bahamas, Mexico, Malaysia dan Amerika Syarikat.
Baca Juga:
- Untunglah Pelancong, Kelantan Cadang Bagi Lesen Mendulang Emas Kepada Orang Luar

- Rakyat Kelantan Boleh Mendulang Emas Di Tanah Kerajaan Negeri Tapi Kena Ikut Syarat Ini

- ‘Lambai Tangan, Guna Lorong VIP’ – Polis Kelantan Bongkar Taktik Lama Orang Malaysia Masuk Thailand Tanpa Dokumen

Menerusi hantaran media sosial stesen angkasa tersebut, ia memaparkan Sungai Kelantan bercantum dengan laut.
“Sungai Kelantan mengalir melalui salah satu kawasan dataran banjir yang paling padat penduduk di Malaysia sebelum bermuara ke Laut China Selatan. Di tebing timurnya, pada titik sungai bertemu laut, terletaknya Kota Bharu — sebuah bandar yang diasaskan pada akhir abad ke-19 dan kini didiami kira-kira 570,000 orang.
“Gambar ini dirakam dari ISS ketika ia berada kira-kira 260 batu di atas permukaan Bumi,” petik hantaran tersebut.
Imej tersebut dirakam pada 2 Oktober lalu.
Menurut ISS gambar-gambar yang dikongsikan itu menggambarkan kepelbagaian hidrosfera Bumi serta proses-proses semula jadi yang membentuknya.