Seorang ayah mendedahkan bahawa anak lelakinya menjadi mangsa pengantunan kanak kanak (child grooming) oleh seorang lelaki dewasa yang sudah berkahwin.
Lebih memeranjatkan apabila isteri kepada pemangsa tersebut turut mempertahankan tindakan suaminya ketika ayah mangsa mengadu.
Menerusi perkongsiannya di media sosial, ayah mangsa menyifatkan bahawa pada zaman sekarang, bukan anak perempuan saja yang perlu dijaga dengan rapi, namun anak lelaki pun dah tak selamat kalau ibu bapa terlalu mudah percaya orang luar.
Ayah mendakwa bahawa anak lelakinya yang masih remaja hampir menjadi mangsa gangguan seorang lelaki dewasa — yang sudah pun beristeri.
Kisahnya bermula dengan tawaran kerja. Lelaki berkenaan menawarkan anaknya satu tugasan, dan selepas selesai, dia mula mendekati si anak — kononnya kerana terlalu sayang, siap mahu jadikannya anak angkat. Katanya dia dan isteri dah banyak kali gugur dan tak ada anak sendiri.
“Dia selalu bawa anak saya keluar. Isteri dia pun ada, anak angkat perempuan pun ada. Kadang-kadang mak ayah mentua dia pun ikut. Saya fikir, okeylah… nampak macam keluarga yang baik,” kata si ayah.
Tapi semuanya berubah bila dia mula perasan anaknya asyik sangat dengan telefon. Bila diperiksa, mesej yang dihantar lelaki itu pada anaknya langsung tak selayaknya datang dari seorang ‘bapa angkat’.
Di mana ada mesej berbaur kelucahan dan berbentuk pengantunan. Pengantunan kanak kanak adalah satu jenayah di mana pemangsa akan mempengaruhi mangsa yang merupakan kanak kanak untuk tujuan memuaskan nafsu serakah.
Lelaki itu kemudian menegaskan bahawa kemesraan mereka berdua membuatkan orang ramai menganggap mereka seperti pasangan bercinta. Dan anak lelakinya masih melayan lelaki tersebut.
Terdapat emoji berlebihan, kata-kata manja yang melampau, dan lebih membimbangkan — mesej-mesej yang cuba menghasut anak untuk menjauhkan diridaripada ibu bapanya sendiri.
“Dia brainwash anak saya. Katanya dia seorang saja yang sayang dan faham anak saya. Mesej tu buat saya rasa sangat jijik. Saya terus simpan bukti.”

Yang mengecewakan, bila si ayah menghubungi isteri lelaki tersebut untuk tunjukkan bukti — jawapannya sangat tak masuk akal.
“Isteri dia kata semua tu normal. Katanya dia pun kiss anak lelaki dia. Tapi kalau betul normal, kenapa suami dia tahan anak saya kat tangga untuk kiss, bukan depan rumah saya yang ada CCTV?”
Tak tunggu lama, si ayah terus terus mebuat laporan polis. Kes kini sedang dalam siasatan.
Apa yang lebih mengejutkan, lelaki itu kemudian hantar WhatsApp minta si bapa menarik balik laporan polis. Seterusnya isterinya juga mendedahkan bahawa tindakan ayah kanak kanak itu boleh memberikan masalah kepada mereka kerana kedua dua mereka adalah penjawat awam.
“Saya takkan tarik. Biarlah viral. Asalkan anak orang lain tak kena benda yang sama. Saya sekarang tengah betulkan balik fikiran anak saya, ajar dia semula beza yang betul dan salah.”
Ayah kanak kanak tersebut berkata: “Kalau tak bersalah, tak akan kena tindakan.”

Perkongsian ini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata menyokong tindakan berani si ayah untuk bersuara dan melindungi anaknya.
Dan mereka meminta si ayah jangan sesekali menarik balik laporan polis tersebut. Biarlah pihak berkuasa yang menyiasat dan menentukan prosedur seterusnya.