Nama bekas jurulatih Liga Super kembali menjadi perhatian selepas berlaku pergaduhan membabitkan dua isterinya semalam.
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Artikel Berkaitan:
- Tidak ‘Lari’ Ketika Ditanya, Fyna Jebat Mengaku Sudah Jadi Isteri Datuk Zainal Abidin Hassan
- Rosak Semasa Perlawanan, Jurulatih Malaysia Dipuji Beri Kasut Sendiri Kepada Pemain Badminton Jamaica
- Tidak Dapat Keizinan Isteri Pertama, Lebih Separuh Lelaki Berkahwin Di Thailand Mempunyai Gelaran ‘Datuk’
Kontroversi perkahwinan bekas jurulatih Liga Super sekali lagi panas apabila berlaku pergaduhan membabitkan dua isterinya semalam.https://t.co/VEXqBTvAwC
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) January 23, 2023
Menurutnya, pergaduhan berlaku di restoran di sini. “Kejadian berlaku pada awal pagi dan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam),” katanya.
Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh bekas jurulatih tersebut ketika ini.