Isteri kepada Safawi Rasid, Syifa Melvin menegur tindakan isteri yang suka memeriksa telefon suami mereka.

Kerana menurutnya tindakan itu boleh membuatkan suami atau teman lelaki menjadi tertekan kerana merasakan wanita yang mereka sayang tidak percayakan mereka.

Syifa berkongsi tips itu di ruangan Instagram miliknya.

Syifa berkata: “Boleh tak jangan biasakan benda ni [periksa telefon suami]?

“Periksa periksa telefon ini aku rimas betul tahu. Tak kiralah yang dah berkahwin atau belum berkahwin, kamu ingat benda ini sihat ke?

“Tak payah nak periksa kalau dia buat benda tidak elok, ada banyak cara lain lagi Allah akan tunjuk.

“Lagi kamu periksa lagi dia rasa kamu tak percayakan dia, lepas tu dia tertekan dan buat betul betul benda yang tak elok di belakang kamu nanti.

“Puncanya, sebab sentiasa curiga. Jangan cari penyakit. Jaga mental sendiri tetapi bukan dengan cara macam itu.”