Dunia sudah gila. Itu maklum balas netizen selepas seorang lelaki berkongsi isteri sanggup ‘menjual diri’ demi mendapatkan kereta jenis BMW.

Menurut perkongsian saudara Mohd Fadhli Salleh di laman media sosial Facebook, beliau ada terbaca mengenai perkara itu dan apa yang lebih mengejutkan, si suami membenarkan si isteri berbuat demikian.

Baca Juga:

Sanggup Jual Diri Demi BMW

“Terbaca status seorang wanita sanggup jual tubuh untuk dapatkan kereta BMW terpakai.

“Kereta ingin dijual pada harga RM18 Ribu, tapi dia ada RM11 Ribu sahaja. Lebih malang lagi, suami dia benarkan isteri jual tubuh,” tulis beliau.

Di ruangan komen, netizen rata-rata terkejut dengan perkara itu yang mana ramai mempersoalkan tindakan suami ister terbabit.

Ada yang pelik mengapa manusia zaman sekarang sanggup menggadai maruah demi bergaya dengan menggunakan kereta jenama luar negara.