Isteri kepada Zahid, telah mendedahkan bahawa pihak Touch ‘n Go telah mengugutnya untuk mengucap terima kasih kepada mereka atau berdepan dengan tindakan perundangan.

Sebelum ini Zahid telah berkongsi satu cerita di mana wang dalam akaun isterinya telah lesap kerana dipautkan dengan aplikasi Touch ‘n Go.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pihak TnG Digital kemudian tampil bersuara selepas dituduh menjadi sebab kehilangan wang dalam akaun isteri Zahid baru baru ini.

Beberapa hari lalu, Zahid telah meluahkan di TikTok bahawa wang simpanan dalam akaun isterinya lesap. Ianya gara gara pautan kad debit yang dipautkan kepada aplikasi Touch n Go e-wallet.

@zahidbaharudin80

Habis mood raya!! Musibat punye hacker!! @Brenda90 – Mangsa

♬ original sound – Zahid Baharudin – Zahid Baharudin

Zahid dengan nada kesal menyatakan wang kira kira RM4,250 telah lesap dan meminta netizen tidak memautkan akaun bank mereka kepada aplikasi TnG e-wallet.

Pihak TnG memberitahu Mstar online bahawa kehilangan wang daripada akaun isteri Zahid itu bukan kerana pautan ke aplikasi mereka. Namun kerana ada transaksi lain yang berlaku dalam peranti milik isteri Zahid.

“Hasil semakan kami, terdapat transaksi dari bank ke e-wallet dan ia berlaku menerusi peranti isteri Zahid sendiri. Cara transaksi itu bukan dari pautan kad debut yang dibuat dengan e-wallet,” tegas pihak TnG Digital kepada Mstar.

Pihak TnG sudah bersemuka dengan Zahid dan isterinya menjelaskan tentang perkara itu pada Khamis. Di mana mereka berjaya mengesan ada transaksi berlaku yang menyebabkan kehilangan wang itu. Namun mereka tidak pasti bagaimana ia boleh berlaku.

TnG menambah: “Kami ada bukti kukuh bahawa transaksi yang dilaporkan semua dilakukan menerusi peranti milik pengadu sendiri beserta pengesahan transaksi yang tepat.”

TnG tidak menolak kemungkinan bahawa transaksi itu berlaku kerana ada pihak lain selain isteri Zahid yang boleh akses kepada akaun peribadinya.

Namun pada hari ini isteri kepada Zahid menyatakan bahawa dia ada banyak bukti bahawa wang tersebut disedut daripada aplikasi Touch ‘n Go.

Lebih memeranjatkan isteri Zahid, kenapa perlu dia meminta maaf atau berdepan tindakan saman?

Brenda menambah: “Kes tak selesai lagi, duit aku hilang kerana aplikasi Touch ‘n Go. Mereka menafikannya, dan kemudian menyalahkan Maybank. Dan suruh saya pergi ke Maybank.

“Dia mahu perkara ini diselesaikan kerana semua pengguna mereka termasuk yang berpangkat Datuk, semua mesej mereka, bertanyakan tentang kes ini.

“Sudah tentu mereka terkesan dengan teruk kerana Touch ‘n Go, akibat kes kami.

“Macamana kita nak kemaskini perkembangan itu kalau perkara ini masih tidak selesai lagi?

“Dan saya dah cetak 100 helai kertas menunjukkan bahawa aliran wang itu daripada Touch ‘n Go.”

@brenda_za8

Halo kes aku bukan aku sorg saja kena..Ramai complaint report tapi at last korg blame pihak pengadu.. Paling penting touch and go blame bank bukan nak blame duit yg hilang tu dari account touch and go..Pusing sana sini sebab dia sendiri admit pasal kes yg kitorang upload,ramai tutup account and tarik duit dari touch and go..

♬ original sound – Brenda90 – Brenda90

Di ruangan komen pihak Touch ‘n Go menyatakan mereka sudah berkongsi info tentang kes isteri Zahid ini. Namun ianya menerima balasan sinis daripada netizen.